Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Kosimbayanan do rayat orurukut tinaru nosili kosuusuayan di koimbayat |  Koupisan audit pogun tumanud standard sompomogunan |  SONGKOSUAYAN 'PONOKOSANGANU' |  Pihak bank, syarikat pengawal diminta tepati masa bagi agihan BR1M |  Penerima BR1M diingatkan tidak buat penipuan: Charles |  JKR diminta buat pusingan silang di lampu isyarat dekat Sg Pampang, Kg Limbawan |  Tiada unsur jenayah kematian bekas MP Batu Sapi: Inkues |  Tawau catat penurunan kadar indeks jenayah |  Penduduk P. Sebatik bakal ditempatkan di Tg. Arang |  Warga asing ‘bermaharajalela’ |  2,397 rumah ‘bina baru’ PBR disiapkan |  AUDIT NEGARA IKUT STANDARD A-BANGSA |  Zambia keep promise to honour 1993 victims |  Pearce interim manager |  Move to break squash top 100 world rankings | 
 BM

90 anggota Kastam Sabah naik pangkat

16th March, 2010

SANDAKAN: Seramai 90 anggota kumpulan sokongan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Sabah yang berkhidmat lebih 15 tahun telah dinaikkan pangkat, kata Pengarahnya Datuk Md Yusop Mansor.

Beliau berkata langkah itu dibuat sejajar dengan pengumuman kerajaan tahun lepas untuk menaikkan pangkat penjawat awam dalam kumpulan sokongan yang telah berkhidmat 15 tahun ke atas.

“KDRM merupakan agensi kerajaan yang pertama melaksanakan dasar kerajaan itu dengan kebanyakan anggota KDRM yang terlibat adalah gred W17 dinaikkan pangkat ke gred W22 dalam pelbagai jawatan.

“Inilah merupakan dasar kerajaan yang kita terjemahkan sebaik mungkin dan KDRM menyokong pelaksanaannya yang memberi manfaat kepada anggotanya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Perhimpunan Setia Kastam Sandakan di sini kelmarin.

Md Yusop berkata sebahagian kecil anggotanya yang terlibat dalam kenaikan pangkat itu adalah pegawai kumpulan sokongan yang dinaikkan dari gred W41 ke W44.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline