Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
FORD RANGER GLOBAL CHALLENGE |  Ikoton polinta manaak jalur lebar nakadampot 58 piatus |  RM200 lizong montok projik papaadang gatang id Sabah |  DBKK MAMADADI KOTA KINABALU PODTUONGISAN POINSANDAD |  Kontraktor digesa percepat laksana projek ikut masa ditetapkan: Raime |  Anak tempatan tidak terpinggir isi jawatan penting dalam kerajaan, kata Yussof |  Sabah melebihi sasaran penembusan internet jalur lebar |  Dompok mahu NGO Kadazandusun martabatkan bahasa dan budaya |  K'jaan kaji kemerosotan minat pelajar dalam jurusan sains, matematik |  Yahya optimis kaum Cina bersama BN |  Ismail Sabri: K'jaan belanja RM200j laksana projek seragam harga di Sabah |  MUSA: AMBIL BERAT PENDIDIKAN ANAK-ANAK |  Mancini: City can handle title pressure! |  Women’s futsal team score biggest victory |  Bigger prize money, tougher tests await challengers | 
 BM

Polis Sabah berjaya tahan dua anggota sindiket palsu kad kredit

16th March, 2010

KOTA KINABALU: Dua lelaki dipercayai anggota sindiket pemalsuan kad kredit antarabangsa, ditahan di Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di sini pada Ahad.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Sabah, Supt Soh Hock Sing, berkata polis merampas 37 kad kredit palsu selepas menahan kedua-dua lelaki berusia 26 dan 28 tahun itu pada pukul 11.30 pagi.

“Had pengeluaran bagi setiap kad kredit itu adalah antara RM13,000 hingga RM15,000 dan kad palsu itu dipercayai untuk pasaran asing kerana kad berkenaan tidak mempunyai cip keselamatan berteknoloji tinggi,” katanya kepada pemberita di sin kelmarin.

Menurutnya pihaknya mendapat maklumat awam dan memerhatikan tingkah laku suspek dari Pulau Pinang dan Perak itu yang menunggu penerbangan ke Hong Kong sebelum menahan mereka.

“Kedua-dua supek ditahan reman selama lima hari untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

Beliau tidak menolak kemungkinan lebih ramai individu terbabit dalam sindiket itu.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline