|
|
|
LANCAR … Lajim diiringi oleh Wong memukul replika nyamuk Aedes sebagai simbol pelancaran kempen tersebut.
|
15th March, 2010
BEAUFORT: Walaupun kes demam denggi dan Chikungunya di daerah ini masih terkawal, namun semua pihak di saran terus menggandakan usaha untuk memusnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk di premis masing-masing.
Selain daripada itu, kata Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Haji Lajim Haji Ukin, penduduk dinasihatkan sentiasa menjaga dan meningkatkan tahap kebersihan di tempat masing-masing bagi membendung penyakit berjangkit itu.
“Jangan biarkan premis perniagaan dan kediaman sebagai kawasan pembiakan nyamuk, amalan kebersihan amat penting untuk mengelak pertambahan kes demam denggi yang berlaku di daerah ini,”
Menurut beliau walaupun terdapat hanya dua kes denggi dan tiada kes chikungunya yang dilaporkan sehingga Februari tahun ini berlaku di daerah itu, namun keadaan ini tidak sepatutnya melekakan masyarakat.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kempen Kesedaran Memerangi Demam Denggi dan Chikungunya peringkat Daerah Beaufort di di dewan Masyarakat Pa Musa Beaufort dekat sini baru baru ini.
Hadir sama Pegawai Daerah Beaufort Wong Fu Tin, Ketua Bahagian Kesihatan Persekitaran Jabatan Kerajaan Tempatan Haji Suhaili Haji Sirun, Pegawai Kesihatan Kawasan Beaufort Raisin Shim dan Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Beaufort Abdu Said Ombok.
Sehubungan dengan itu, Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort menasihatkan orang ramai supaya sentiasa menjalankan kerja pembersihan di dalam dan luar rumah, sekurang-kurang selama 10 hingga 30 minit sekali dalam seminggu.
“Oleh itu, kerjasama antara pelbagai pihak perlu diperkukuhkan dalam memerangi nyamuk aedes bagi memastikan amalan pencegahan dan pengawalan terus dilaksanakan” katanya
Katanya, Jika setiap daripada masyarakat mengamalkan apa yang disarankan oleh agama iaitu menjaga kebersihan diri dan persekitaran, sudah pasti tidak akan berlaku penurunan kes denggi dan chikungunya.
|