Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Kosimbayanan do rayat orurukut tinaru nosili kosuusuayan di koimbayat |  Koupisan audit pogun tumanud standard sompomogunan |  SONGKOSUAYAN 'PONOKOSANGANU' |  Pihak bank, syarikat pengawal diminta tepati masa bagi agihan BR1M |  Penerima BR1M diingatkan tidak buat penipuan: Charles |  JKR diminta buat pusingan silang di lampu isyarat dekat Sg Pampang, Kg Limbawan |  Tiada unsur jenayah kematian bekas MP Batu Sapi: Inkues |  Tawau catat penurunan kadar indeks jenayah |  Penduduk P. Sebatik bakal ditempatkan di Tg. Arang |  Warga asing ‘bermaharajalela’ |  2,397 rumah ‘bina baru’ PBR disiapkan |  AUDIT NEGARA IKUT STANDARD A-BANGSA |  Zambia keep promise to honour 1993 victims |  Pearce interim manager |  Move to break squash top 100 world rankings | 
 BM

Ramai lagi pemimpin PKR akan keluar parti

15th March, 2010

KULIM: Sekurang-kurangnya 10 lagi Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah dan lain-lain negeri didakwa akan keluar parti itu dalam tempoh terdekat ini.

Adun Lunas (Bebas) Mohd Radzhi Salleh berkata beliau begitu optimistik dengan perkembangan itu memandangkan apa yang berlaku dengan PKR kebelakangan ini.

Beliau berkata pucuk pimpinan parti itu kini semakin jelas menampakkan tembelang mereka yang lebih mementingkan diri sendiri daripada anggota, penyokong parti dan orang ramai.

Bercakap kepada pemberita selepas berceramah di majlis penerangan isu-isu semasa bersama lebih 300 Pengerusi dan Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP)Parlimen Kulim/Bandar Baharu, di sini, kelmarin, katanya, beliau sendiri akan menyertai Umno dalam tempoh terdekat ini.

Mengenai dakwaan kalangan pemimpin pembangkang bahawa tindakan beliau itu adalah kerana telah dibeli oleh Umno, beliau menafikannya dan menegaskan wang ringgit bukanlah menjadi ukuran beliau keluar parti.

Mohd Radzhi juga menggesa pemimpin pembangkang di Kedah supaya menghentikan kempen “Bajet PR Kedah 2010” yang kini sedang rancak diadakan di seluruh negeri, yang cuba mengaburi pemikiran dan mata rakyat dengan kisah-kisah retorik dan angan-angan yang mustahil itu.

Hadir sama di majlis tersebut dan menyampaikan elaun kepada Pengerusi dan Setiausaha JKKKP itu ialah Anggota Majlis Tertinggi Umno yang juga Penyelaras Parlimen Kulim/Bandar Baharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir.

Terdahulu Abdul Aziz dalam ucapannya mengulangi pelawaan beliau kepada Adun dan Anggota Parlimen PKR yang telah mengisytiharkan diri mereka sebagai anggota Bebas supaya menganggotai Umno sebagai platform yang lebih berkesan untuk mereka berkhidmat kepada rakyat.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline