Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
FORD RANGER GLOBAL CHALLENGE |  Ikoton polinta manaak jalur lebar nakadampot 58 piatus |  RM200 lizong montok projik papaadang gatang id Sabah |  DBKK MAMADADI KOTA KINABALU PODTUONGISAN POINSANDAD |  Kontraktor digesa percepat laksana projek ikut masa ditetapkan: Raime |  Anak tempatan tidak terpinggir isi jawatan penting dalam kerajaan, kata Yussof |  Sabah melebihi sasaran penembusan internet jalur lebar |  Dompok mahu NGO Kadazandusun martabatkan bahasa dan budaya |  K'jaan kaji kemerosotan minat pelajar dalam jurusan sains, matematik |  Yahya optimis kaum Cina bersama BN |  Ismail Sabri: K'jaan belanja RM200j laksana projek seragam harga di Sabah |  MUSA: AMBIL BERAT PENDIDIKAN ANAK-ANAK |  Mancini: City can handle title pressure! |  Women’s futsal team score biggest victory |  Bigger prize money, tougher tests await challengers | 
 BM

Rakyat masih kurang faham konsep 1Malaysia

15th March, 2010

MIRI: Jabatan Penerangan mendapati rakyat keseluruhan tahu kewujudan Gagasan 1Malaysia tetapi masih belum mencapai kefahaman penuh tentang konsepnya, kata Ketua Pengarah Penerangan Datuk Abdullah Morad di sini kelmarin.

Menurutnya kajian yang dibuat jabatan itu baru-baru ini mendapati 80 peratus daripada rakyat negara ini mengetahui berkenaan 1Malaysia namun penjelasan mereka tidak menggambarkan pemahaman penuh berkenaan intipati gagasan itu.

“Jadi tahun ini kita akan meneruskan lagi usaha untuk memberi penjelasan tentang konsep 1Malaysia dan bagaimana rakyat dari segenap lapisan masyarakat dapat menghayatinya secara lebih mendalam lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa majlis perasmian Program Sepakat Bestari Parlimen Miri anjuran Komuniti Bestari Kampung Pulau Melayu di sini.

Anggota Dewan Undangan Negeri Sarawak kawasan Pujut, Andy Chia, mewakili Anggota Parlimen Miri, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui yang juga Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air untuk merasmikan program berkenaan.

Menurut Abdullah tenaga dari Komuniti Bestari yang diwakili masyarakat di peringkat akar umbi akan digemblengkan untuk membantu jabatannya dalam melaksanakan usaha menjelaskan konsep 1Malaysia serta dasar-dasar kerajaan yang lain.

Beliau berkata peranan Komuniti Bestari amat penting dalam mengukuhkan lagi usaha Jabatan Penerangan untuk menyampaikan maklumat-maklumat kerajaan di samping menerima maklum balas dari rakyat.

Katanya apa-apa isu yang dibangkitkan oleh rakyat menerusi maklum balas yang diterima akan dianalisis untuk disampaikan ke peringkat akar umbi.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline