Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
FORD RANGER GLOBAL CHALLENGE |  Ikoton polinta manaak jalur lebar nakadampot 58 piatus |  RM200 lizong montok projik papaadang gatang id Sabah |  DBKK MAMADADI KOTA KINABALU PODTUONGISAN POINSANDAD |  Kontraktor digesa percepat laksana projek ikut masa ditetapkan: Raime |  Anak tempatan tidak terpinggir isi jawatan penting dalam kerajaan, kata Yussof |  Sabah melebihi sasaran penembusan internet jalur lebar |  Dompok mahu NGO Kadazandusun martabatkan bahasa dan budaya |  K'jaan kaji kemerosotan minat pelajar dalam jurusan sains, matematik |  Yahya optimis kaum Cina bersama BN |  Ismail Sabri: K'jaan belanja RM200j laksana projek seragam harga di Sabah |  MUSA: AMBIL BERAT PENDIDIKAN ANAK-ANAK |  Mancini: City can handle title pressure! |  Women’s futsal team score biggest victory |  Bigger prize money, tougher tests await challengers | 
 BM

Kawalan kemasukan warga asing melalui udara diperketat

15th March, 2010

KOTA BAHARU: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan meningkatkan kawalan kemasukan pendatang asing ke negara ini melalui lapangan terbang bagi mengatasi masalah pengedaran dadah di negara ini.

Timbalan Menterinya, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata, ini berikutan pening- katan bilangan pelancong asing, khasnya dari Iran yang agak ketara disyaki terbabit dalam pengedaran dadah antarabangsa dalam tiga bulan pertama tahun ini.

Menurutnya, dari 1 Janua- ri hingga 11 Mac lepas, Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menangkap 57 warga Iran yang terbabit dalam penagihan dadah di Malaysia.

Beliau berkata, ini berikutan operasi yang dijalankan di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan merampas pelbagai jenis dadah, termasuk 77.28 kilogram sya- bu, 6.7 kilogram cecair syabu dan empat kilogram heroin.

“Bagi menangani kegiatan penyalahgunaan dadah membabitkan warga negara asing itu, kerajaan melalui PDRM, Unit Antidadah Sempadan (UAS) Kastam Diraja Malay- sia (KDRM) akan terus meng- ambil langkah-langkah lebih tegas untuk membanteras aktiviti penyalahgunaan dadah dan meningkatkan kawalan di semua pintu masuk KLIA, Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT) dan pintu-pintu masuk sempadan yang lain,” katanya kepada pemberita di sini, kelmarin.

Sebelum itu, beliau mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Negeri Kelantan di Jabatan Pembangunan Persekutuan. Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK, Prof Dr Mahmud Nazar Mohamed dan Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Amer Hamzah Ibrahim.

Menurut Abu Seman lagi, berdasarkan statistik PDRM dalam tempoh tiga tahun (2007-2009) terdapat 969 kes tangkapan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 melibatkan warga negara asing.

“Ia turut melibatkan 19 pelajar warga negara asing yang ditahan sepanjang 2008 berbanding 40 orang pada tahun lepas. Ini menunjukkan peningkatan 21 orang atau 68 peratus,” katanya.

Beliau berkata, warga Nigeria merupakan bilangan paling tinggi yang ditahan iaitu enam orang pada 2008 dan 18 tahun lepas, serta diikuti lapan orang warga Arab Saudi dan lapan pelajar dari Sudan dalam tempoh dua tahun itu.

Mengenai kes penyalahgunaan dadah di Kelantan, Abu Seman berkata, jajahan Kota Baharu mercatatkan jajahan paling tinggi membabitkan 70 kes, diikuti Machang (42 kes); Pasir Mas (37 kes) dan Tumpat (35 kes).

“Kawasan-kawasan tanah rancangan seperti Gua Musang, Tanah Merah dan Jeli juga tidak terkecuali daripada aktiviti penyalahgunaan da- dah membabitkan 91 kes pada 2007, 44 pada 2008 dan 52 kes tahun lepas.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline