Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
FORD RANGER GLOBAL CHALLENGE |  Ikoton polinta manaak jalur lebar nakadampot 58 piatus |  RM200 lizong montok projik papaadang gatang id Sabah |  DBKK MAMADADI KOTA KINABALU PODTUONGISAN POINSANDAD |  Kontraktor digesa percepat laksana projek ikut masa ditetapkan: Raime |  Anak tempatan tidak terpinggir isi jawatan penting dalam kerajaan, kata Yussof |  Sabah melebihi sasaran penembusan internet jalur lebar |  Dompok mahu NGO Kadazandusun martabatkan bahasa dan budaya |  K'jaan kaji kemerosotan minat pelajar dalam jurusan sains, matematik |  Yahya optimis kaum Cina bersama BN |  Ismail Sabri: K'jaan belanja RM200j laksana projek seragam harga di Sabah |  MUSA: AMBIL BERAT PENDIDIKAN ANAK-ANAK |  Mancini: City can handle title pressure! |  Women’s futsal team score biggest victory |  Bigger prize money, tougher tests await challengers | 
 BM

Pameran haji di muzium

1103-maz2
Kota tempat menyimpan barang seperti pakaian oleh jemaah haji pada zaman dahulu.

14th March, 2010

AGAMA Islam telah menetapkan bahawa sesiapa yang ada kemampuan ke Tanah Suci Mekkah untuk menunaikan fardu haji maka ia harus segera ke sana. Haji diwajibkan bagi mereka yang berkemampuan dari segi kewangan kesihatan dan mempunyai kelebihan untuk ditinggalkan kepada ahli keluarga.

Haji didefinasikan sebagai mengunjungi Baitullah al-Haram di Mekkah pada bulan-bulan haji untuk mengerjakan ibadat-ibadat tertentu menurut syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Haji terbahagi kepada beberapa jenis iaitu, Haji Fardu, Haji Badal, Haji Sunat, Haji Nazar dan Haji Qada. Pelaksanaan haji pula terbahagi kepada Haji Ifrad, Haji Tamattu dan Haji Qiran kesemuanya mempunyai syarat dan peraturan tertentu yang telah ditetapkan

Haji merupakan rukun ke-5 bagi umat Islam selepas mengucap dua kalimah saahada, sembahyang lima waktu, puasa dan zakat. Setiap umat Islam bercita-cita untuk memenuhi kota rukun Islam demi untuk mendapat kelebihan serta keberkatan serta keampunan daripada Allah s.w.t kerana bagi mereka yang ada kemampuan tetapi tidak mahu pergi menunaikan fardu haji maka hukum Allah itu maha berat dan adil.

Allah berfirman dalam surah Ali-Imran, ayat 97, bermaksud “Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah, iaitu sesiapa yang mampu dan berkuasa sampai kepadanya dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat haji itu) maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajat kepada sesuatupun) dari sekelian makhluk.”

Menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekkah dan Madinah merupakan satu impian bagi setiap umat Islam yang beriman kepada Allah s.w.t. Tidak hairanlah ada di kalangan umat Islam yang sanggup berbelanja lebih semata-mata untuk menyahut seruan Allah s.w.t iaitu untuk menunaikan haji lebih dari satu kali, setidak-tidaknya sekali dalam seumur hidup. Selain haji umat Islam juga digalakkan untuk menunaikan umrah wajib dan umrah sunat. Ada yang datang bersendirian dan ada yang datang dengan ahli keluarga mahupun saudara mara, taulan dan rakan seagama semata-mata untuk niat Haji ataupun umrah.

Pergi ke Mekkah dan Madinah bukan bertujuan untuk makin angin ataupun berbelanja membeli barang. Tujuan utama ialah untuk menyembah Allah s.w.t di samping menziariahi makam Rasulullah S.A.W dan para sahabat-sahabat nabi yang terletak di Masjid Nabawi di Madinah serta Masjid Kubah. Ziarah ke Masjid Kubah memberi ganjaran pahala umrah sunat. Lawatan ke Kiblatain atau masjid dua kiblat mengimbas kembali sejarah pertukaran arah kiblah dari Masjid Al-Aqsah di Palestin ke Majidil Haram di Mekkah.

Solat di Masjid Nabawai di Madinah mempunyai kelebihan kerana memberi gandaan pahala sebanyak 1,000 kali berbanding dengan solat di mana-mana masjid di bumi Allah yang lain.

Orang yang menunaikan ibadat haji dengan sempurna akan mendapat haji mabrur seperti Nabi Muhammad s.a.w. bersabda diriwayatkan oleh al-Bukhary dan Muslim yang membawa maksud “Di antara satu umrah kepada satu umrah yang lain adalah penghapus dosa antara keduanya dan tiada balasan bagi haji yang mabrur (diterima) melainkan syurga.”

Jemaah haji dan umrah akan berpeluang berziarah ke Masjid Tujuh untuk mengingatkan banyak sejarah silam menjurus ke arah keunggulan Islam sehingga ke hari ini, sementara lawatan ke Ladang Kurma sekadar memberi pengalaman kepada jemaah haji dan umrah untuk mengetahui serba sedikit mengenai kebun kurma sebagai salah satu daripada produk pertanian yang amat terkenal turun-temurun, serta merasai kenikmatan buah kurma kurnia daripada Allah s.w.t itu.

Ziarah jemaah haji dan umrah ke perkuburan Bukit Suhada Uhud memberi pengajaran kepada jemaah untuk mengingati kembali peristiwa peperangan Uhud semasa kegemilangan Islam di Madinah.

Dengan hanya melihat Jabal Al-Nur dan Jabal Thur dari jauh dapat mengingatkan jemaah haji dan umrah mengenai peristiwa hijrah Nabi Muhammad s.a.w bersama para sahabat pada tahun 622 Masihi. Dalam pada itu banyak lagi tempat-tempat bersejarah yang dikunjungi untuk memberi peringatan dan kefahaman mengenai kegemilangan Islam yang diperjuangkan oleh Rasulullah S.A.W.

Tanah suci Mekkah memberi sebanyak-banyak keistimewaan. Solat di Masjidil Haram di Mekkah memberi ganjaran 100,000 gandaan pahala. Kaabah yang agung itu terletak di tengah Majidil Haram sebagai tempat menunaikan tawaf dan bukit Safa dan Marwah tempat mengerjakan Sa’ie sebagai rukun yang perlu ditunaikan ketika mengerjakan fardu Haji dan Umrah.

Allah s.w.t telah menurunkan sebanyak 120 rahmat bagi Baitullah (Kaabah) iaitu, 60 rahmat bagi orang yang mengerjakan tawaf, 40 rahmat bagi yang mengerjakan solat di sekelilingnya dan 20 rahmat bagi orang yang sekadar memandangnya.

Para jemaah haji akan wukuf di Padang Arafah, mabit di Mudzalifah serta melontar tiga jamrah di Minah bagi melengkapkan syarat Haji dengan niat suci dan pasrah kepada Allah s.w.t. sebelum beredar ke Mekah untuk tawaf wada bagi jemaah yang mengerjakan Haii Tamatuu dan terus pulang ke tanahair masing-masing.

Banyak pengajaran dan peringatan ketika umat Islam menunaikan haji dan umrah dan kembalinya mereka dari tanah suci akan dapat membentuk keperibadian yang unggul yang dituntut oleh Islam.

Apakah yang anda ingin tahun mengenai Fardu Haji?. Bertandanglah ke Muzium Tamadun Islam Sabah untuk melihat pameran yang akan memperlihatkan banyak perkara tentang haji dan serba sedikit tentang sejarahnya. Pihak Muzium Sabah telah memasukkan pameran khas ini ke dalam kalender pelancongan negeri Sabah sebagai pengisian salah satu daripada aktivitinya pada tahun ini.

Pameran khas “Haj: The Fifth Pillar of Islam” bertujuan untuk mengungkapkan sejarah pewahyuan ibadah Haji kepada Nabi Ibrahim A.S. Pameran ini dibahagi kepada empat segmen mengenai latarbelakang sejarah pewahyuan ibadah haji. Pertama, jenis-jenis haji. Kedua, perkara-perkara fardu dan wajib di dalam ibadah haji. Ketiga Dam (denda) dan jenis-jenisnya dan keempat, korban dan Aidiladha.

Kurator Muzium Tamadun Islam Sabah, Arif Abdul Hamid menyatakan sebanyak kira-kira 48 artifak termasuklah kelambu kaabah (Kiswah) iaitu kain penutup Kaabah, pakaian Ihram dan tiket kapal laut jemaah haji Malaysia dan lebih kurang 30 keping gambar yang berkaitan dengan haji yang akan dipamerkan mulai 13 Mac ini.

“Beberapa artifak akan dipinjam daripada Lembaga Tabung Haji Sabah dan beberapa lagi artifak daripada Lembaga Tabung Haji Kuala Lumpur juga akan diusahakan,” ujar Arif .

“Pengisian pameran akan menggunakan koleksi Muzium Tamadun Islam yang sedia ada dan iaakan ditambah dari masa ke masa oleh bahan-bahan yang dipinjam daripada pihak tertentu. Pameran akan dijadualkan sehingga ke Julai akan datang dengan harapan ia menjadi satu tarikan khusus kepada orang ramai ketika Tilawah al-Quran peringkat kebangsaan diadakan di Kota Kinabalu kelak,” tambah Arif

Arif yakin pameran itu kelak akan dapat menarik ramai pengunjung kerana bahan-bahah yang dipamerkan ialah peralatan haji yang sukar diperolehi pada zaman sekarang. Gabungan peralatan haji yang lama dan baru akan memberi impak kepada pengunjung kelak. Pameran itu juga akan memberi peluang kepada orang ramai untuk melihat bahan-bahan sejarah Islam yang dipamerkan di muzium berkenaan yang telahpun dipamerkan sejak 2002 lagi.

Antara bahan pameran yang tersedia sekarang ini ialah sejarah Islam di dunia, nusantara, Malaysia dan Sabah yang pasti menjadi perhatian orang ramai, tambahan pula beberapa perubahan telah diusahakan untuk menaiktaraf pameran di Muzium Tamadun Islam Sabah yang terletak di Kompleks Muzium Sabah.

Muzium Tamadun Islam Sabah boleh dikunjungi dari bangunan utama Muzium Sabah dengan berjalan kaki selama 4 minit ataupun menggunakan kenderaan melalui simpang jalan Kebajikan berhampiran dengan Sekolah St Francis Convent ataupun dari Kota Kinabalu ke simpang Jalan Sacred Heart.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline