Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
FORD RANGER GLOBAL CHALLENGE |  Ikoton polinta manaak jalur lebar nakadampot 58 piatus |  RM200 lizong montok projik papaadang gatang id Sabah |  DBKK MAMADADI KOTA KINABALU PODTUONGISAN POINSANDAD |  Kontraktor digesa percepat laksana projek ikut masa ditetapkan: Raime |  Anak tempatan tidak terpinggir isi jawatan penting dalam kerajaan, kata Yussof |  Sabah melebihi sasaran penembusan internet jalur lebar |  Dompok mahu NGO Kadazandusun martabatkan bahasa dan budaya |  K'jaan kaji kemerosotan minat pelajar dalam jurusan sains, matematik |  Yahya optimis kaum Cina bersama BN |  Ismail Sabri: K'jaan belanja RM200j laksana projek seragam harga di Sabah |  MUSA: AMBIL BERAT PENDIDIKAN ANAK-ANAK |  Mancini: City can handle title pressure! |  Women’s futsal team score biggest victory |  Bigger prize money, tougher tests await challengers | 
 BM

Perak mahu belajar pendekatan Sabah kukuhkan perpaduan rakyat

14th March, 2010

TUARAN: Kerajaan Negeri Perak mahu mempelajari pendekatan yang berjaya mengukuhkan perpaduan rakyat berbilang kaum dan agama daripada Sabah, kata Menteri Besarnya Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata, Perak mempunyai komposisi rakyat pelbagai kaum dan agama seperti di Sabah dan mahu menyatupadukan rakyatnya dengan jayanya agar dapat melaksanakan projek-projek pembangunan dengan berkesan.

“Kalau kita mahu lihat dari segi bagaimana perpaduan dibina, khususnya dalam konteks Barisan Nasional dan Umno, kita lihat bagaimana pemimpin-pemimpin di Sabah mampu membina kekuatan itu.

“Komitmen yang ditunjukkan oleh semua suku kaum yang ada di Sabah begitu baik sekali, mereka saling faham-memahami.

“Di samping itu, Sabah juga mampu memberi penekanan kepada aspek pembangunan, menjauhkan perkara-perkara yang mungkin mendatangkan ketidakselesaan kepada rakyat…inilah pendekatan yang sangat baik di bawah kepimpinan Sabah yang ada,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Gotong-Royong 1Malaysia Umno Tuaran di Kampung Gayang di sini, kelmarin.

Apabila ditanya sama ada Umno Perak akan menjadi bapa angkat kepada bahagian-bahagian Umno lain di Sabah, Zambry, yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno dan bapa angkat kepada Umno Tuaran, berkata Umno Perak tidak mempunyai halangan untuk berbuat demikian.

“Pada dasarnya, saya secara peribadi telah mengenali rakan-rakan saya dari Sabah sejak zaman saya dengan Pemuda lagi.

“Kalau kita dikehendaki untuk lebih berinteraksi dengan banyak lagi bahagian di Sabah, tidak ada halangan bagi kita,” katanya.

Pada majlis itu, Zambry bersama Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Datuk Hajiji Noor, yang juga Ketua Umno Tuaran, menyertai gotong-royong pembinaan Masjid Nurul Ikhwan yang turut disertai penduduk kampung berkenaan.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline