|
14th March, 2010
KUALA LUMPUR: Kementerian Pengajian Tinggi telah melaksanakan secara agresif usaha-usaha untuk menyerapkan program pembangunan kemahiran insaniah di kalangan pelajar.
Ini kerana, graduan di negara ini masih kekurangan dari segi kemahiran insaniah untuk diterima pasaran kerja, kata Timbalan Menterinya, Datuk Dr Hou Kok Chung.
Para pelajar kini terpaksa memenuhi syarat minimum bagi tujuh sifat pelajar serba boleh (GSA) apabila mereka menamatkan pengajian, katanya ketika berucap pada seminar “The Making of Young Buffet 2010” kelmarin.
GSA itu adalah kemahiran komunikasi, pemikiran kritikal dan kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran kerja berpasukan, pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat, kemahiran keusahawanan, moral dan etika profesional serta kepimpinan.
Hou berkata tahun ini, kementerian itu telah menetapkan indeks petunjuk prestasi (KPI) untuk memastikan bahawa 90 peratus pelajar di institusi pengajian tinggi tempatan (IPTA) memenuhi syarat minimum tujuh GSA, berbanding 76 peratus tahun lepas.
|