Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
FORD RANGER GLOBAL CHALLENGE |  Ikoton polinta manaak jalur lebar nakadampot 58 piatus |  RM200 lizong montok projik papaadang gatang id Sabah |  DBKK MAMADADI KOTA KINABALU PODTUONGISAN POINSANDAD |  Kontraktor digesa percepat laksana projek ikut masa ditetapkan: Raime |  Anak tempatan tidak terpinggir isi jawatan penting dalam kerajaan, kata Yussof |  Sabah melebihi sasaran penembusan internet jalur lebar |  Dompok mahu NGO Kadazandusun martabatkan bahasa dan budaya |  K'jaan kaji kemerosotan minat pelajar dalam jurusan sains, matematik |  Yahya optimis kaum Cina bersama BN |  Ismail Sabri: K'jaan belanja RM200j laksana projek seragam harga di Sabah |  MUSA: AMBIL BERAT PENDIDIKAN ANAK-ANAK |  Mancini: City can handle title pressure! |  Women’s futsal team score biggest victory |  Bigger prize money, tougher tests await challengers | 
 BM

Nasrun hulur bantuan kepada 25 keluarga mangsa kebakaran

14th March, 2010

LAHAD DATU: Nasib malang 25 buah keluarga di Kampung Sapagaya Ulu di sini yang rumah mereka musnah dalam kejadian kebakaran pada Rabu lalu, mendapat perhatian Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Haji Datu Nasrun Haji Datu Mansur.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lahad Datu, pada Jumaat telah turun padang bagi melawat mangsa kebakaran dan menghulurkan bantuan.

Walaupun padat dengan beberapa aktiviti jadual yang dirancang, namun ia tidak menjadi penghalang bagi beliau untuk turun bertemu rakyat apatah lagi sewaktu mereka ditimpa kesusahan.

Pada majlis itu, beliau menyampaikan sumbangan peribadinya dan juga mengagih-agihkan bantuan makanan yang disalurkan oleh Jabatan Kebajikkan Masyarakat Daerah untuk setiap keluarga terlibat bagi membantu meringankan beban mereka.

Dalam pada itu, Nasrun juga meminta penduduk kampung supaya senantiasa berwaspada terutama pada musim cuaca panas ketika ini dan menggelak daripada sebarang kecuaian yang boleh mengundang kepada kejadian serupa.

“Ibu bapa juga diminta supaya sentiasa mengawasi anak-anak mereka bagi menggelakkan daripada berlakunya sebarang kejadian yang tidak diingini,” katanya.

Dalam kejadian pada Rabu lalu, 25 keluarga terbabit tinggal sehelai sepinggang setelah tujuh rumah di kawasan itu yang didiami mereka musnah dalam kebakaran yang berlaku pada kira-kira pukul 5 petang.

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 tahun, Adiputra Yunus, rentung selepas gagal diselamatkan oleh kakaknya yang berusia 24 tahun akibat api marak dengan begitu cepat.

Sementara itu, seorang mangsa yang ditemui, Suria Rashid, 35, melahirkan rasa lega dengan bantuan yang diberikan itu.

“Saya amat bersyukur mendapat bantuan makanan dan wang tunai ini dan akan menggunakannya dengan baik.”

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline