|
14th March, 2010
SEPANGGAR: Kerajaan komited memastikan Indeks Sistem Purata Tempoh Ga ngguan (SAIDI) elektrik mencapai sasaran 700 minit/ pengguna setahun menjelang akhir tahun ini, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui kelmarin.
Katanya perkara itu termasuk di dalam Petunjuk Prestasi Utamanya (KPI).
“Terpulanglah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membuat keputusan (sama ada untuk memecatnya atau tidak jika beliau tidak dapat mencapai KPI itu)”, katanya.
Bagaimana pun, katanya beliau bersedia untuk mena- warkan peletakan jawatannya.
“Kita akan melaksanakan sasaran SAIDI pada tahap 700 minit/pengguna/tahun, tetapi kena tunggu sampai 31 Disember ini. Menjelang waktu itu, kita akan tahu sama ada kita telah mencapai tahap itu atau tidak. Kita akan telus.. sama ada kita mencapai sasa- ran kita itu.”
“Jika tidak, pada masa itu, anda bolehlah memberhentikan saya. Boleh?” katanya kepada pemberita selepas me- lancarkan operasi komersil unit turbin gas 65MW pertama Ranhill Powertron II di sini kelmarin.
Sasaran SAIDI Sabah ditetapkan oleh Najib. Ia merupakan indeks bagi jumlah minit gangguan yang dialami oleh pengguna dan Sabah mencatatkan kadar tinggi 2,870 minit/pengguna setahun pada akhir 2009.
Chin berkata RM468 juta diperuntukkan untuk mencapai sasaran itu. Semasa berucap sebelum itu, Chin meminta rakyat memberikan kementeriannya dan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) masa untuk menunjukkan prestasi dan bersedia untuk meletak- kan jawatan jika mereka gagal melaksanakan janji menambah baik bekalan elektrik di negeri itu, yang sememangnya menjadi isu di kawasan pantai timur.
“Ini termasuk Pengarah Urusan SESB (Ir Baharin Din),” katanya.
Anggota Parlimen Kalabakan Datuk Ghapur Salleh dilaporkan di dalam akhbar harian tempatan yang menuntut Baharin supaya berundur kerana didakwa tidak bertanggung jawab dan tidak meng- ambil berat terhadap kesulitan rakyat Sabah.
Ghapur tidak berpuas hati dengan penjelasan Baharin di dalam laporan akhbar semalam mengenai penggunaan jenerator mudah alih terpakai di Tawau.
Chin berkata beliau akan menjelaskan kepada Ghapur apabila menemuinya di Parlimen Isnin.
Katanya beliau tidak ma- hu melihat mana-mana negeri berhadapan masalah elektrik dan bersimpati dan memohon maaf kepada kesemua rakyat Sabah yang menderita akibat masalah itu.
“Kita tidak merancang untuk memberi gangguan elektrik..Saya komited untuk menyelesaikan isu ini, tetapi berilah saya masa sehingga akhir tahun ini,” katanya.
Kerajaan Persekutuan komited dan telah membelanjakan RM3.1 bilion untuk menambah baik bekalan elektrik di negeri ini sejak Rancangan Malaysia Ke-lapan dan Ke-sembilan.
“Prasarana bagi ketiga- tiga penjanaan, penghantaran dan pembahagian bekalan elektrik ini kita pastikan cu- kup peruntukan, supaya keadaan elektrik di Sabah stabil,” katanya.
Baharin berkata perminta- an mendapatkan bekalan elektrik di Sabah ialah 750MW dan dengan tambahan unit 65MW yang dilancarkan hari itu, kapasiti bagi seluruh negeri ini ialah 800MW.
Bagaimana pun, tambahan atau lebihan 20 hingga 25 pe- ratus (permintaan kuasa diperlukan untuk mengekalkan keandalan bekalan.
|