Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
FORD RANGER GLOBAL CHALLENGE |  Ikoton polinta manaak jalur lebar nakadampot 58 piatus |  RM200 lizong montok projik papaadang gatang id Sabah |  DBKK MAMADADI KOTA KINABALU PODTUONGISAN POINSANDAD |  Kontraktor digesa percepat laksana projek ikut masa ditetapkan: Raime |  Anak tempatan tidak terpinggir isi jawatan penting dalam kerajaan, kata Yussof |  Sabah melebihi sasaran penembusan internet jalur lebar |  Dompok mahu NGO Kadazandusun martabatkan bahasa dan budaya |  K'jaan kaji kemerosotan minat pelajar dalam jurusan sains, matematik |  Yahya optimis kaum Cina bersama BN |  Ismail Sabri: K'jaan belanja RM200j laksana projek seragam harga di Sabah |  MUSA: AMBIL BERAT PENDIDIKAN ANAK-ANAK |  Mancini: City can handle title pressure! |  Women’s futsal team score biggest victory |  Bigger prize money, tougher tests await challengers | 
 BM

Gordon kesal terlalu banyak prosedur akibat kad isian semula tidak boleh digunakan

12th March, 2010
  • Ibarat jatuh ditimpa tangga begitulah nasib GORDON yang terpaksa berdepan dengan pelbagai prosedur semata-mata untuk menyelesaikan masalahnya berhubung kad isian semula yang tidak boleh digunakan.

Beliau memaklumkan telah membeli kad isian semula dari salah sebuah syarikat telekomunikasi di Sabah (nama diberikan kepada ActionLine dan dalam penerbitan dikenali sebagai syarikat A) bernilai RM30 pada minggu lepas namun nombor kad isian semula berkenaan tidak sah. Akibat masalah yang timbul, GORDON terpaksa bersusah payah berurusan dengan beberapa pihak untuk mendapatkan semula wangnya dan menukarkan kad itu dengan kad yang baru.

Katanya, “Setelah mendapati kad isian ini tidak boleh digunakan saya terus pergi ke pengedar syarikat A untuk mendapatkan bantuan … Malangnya mereka tidak dapat berbuat apa-apa selain daripada menyuruh saya untuk menghubungi Careline syarikat A. Apabila menghubungi Careline syarikat A saya disuruh pula untuk pergi ke cawangan syarikat A di Kota Kinabalu.”

GORDON yang berasal dari daerah Keningau terpaksa berfikir dua kali samada untuk meneruskan tuntutannya ataupun membatalkan sahaja niatnya berikutan bajet untuk menyelesaikan perkara itu lebih besar dari amaun kad isian semula.

Katanya, “Fikir logik sajalah, saya beli reload RM30, tapi untuk berurusan dengan cawangan syarikat telekomunikasi di Kota Kinabalu, bajet yang diperlukan lebih daripada RM50. Saya cuma minta bantuan supaya kad ini ditukar, paling tidak pun pulangkan semula wang saya supaya saya dapat membeli kad isian semula yang baru dan boleh digunakan – namun permintaan saya ini seolah-olah sangat sukar dipenuhi.”

Tambahnya lagi, “Saya tak nafikan Careline syarikat A menyuruh saya untuk mencuba nasib berurusan dengan kedai yang menjual kad isian semula ini, namun peniaga itu dengan selambanya menolak untuk memberi bantuan atas alasan saya sendiri yang gores kad itu dan bukannya mereka.”

GORDON yang agak kecewa dengan situasi itu meminta supaya pihak-pihak yang berkaitan membantunya menangani masalah beliau.

“Saya kecewa betul dengan keadaan ini dan merasakan ada segelintir pihak yang macam mahu lepas tangan saja. Saya faham perlu ikut prosedur, tapi tolonglah buat prosedur yang tak menyusahkan pengguna. Ini??” adunya lagi.

“Saya cadangkan supaya masalah sebegini diberi perhatian sewajarnya dan bukannya asyik suruh pengguna saja yang berurusan. Malah jarak antara Keningau – KK bukannya dekat, lainlah cerita kalau saya ini menetap di KK,” tambahnya.

  • Jurucakap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) ketika dihubungi memaklumkan bahawa pihak mereka akan memanjangkan perkara itu kepada pihak yang bertanggungjawab dalam kadar segera.
   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline