Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
FORD RANGER GLOBAL CHALLENGE |  Ikoton polinta manaak jalur lebar nakadampot 58 piatus |  RM200 lizong montok projik papaadang gatang id Sabah |  DBKK MAMADADI KOTA KINABALU PODTUONGISAN POINSANDAD |  Kontraktor digesa percepat laksana projek ikut masa ditetapkan: Raime |  Anak tempatan tidak terpinggir isi jawatan penting dalam kerajaan, kata Yussof |  Sabah melebihi sasaran penembusan internet jalur lebar |  Dompok mahu NGO Kadazandusun martabatkan bahasa dan budaya |  K'jaan kaji kemerosotan minat pelajar dalam jurusan sains, matematik |  Yahya optimis kaum Cina bersama BN |  Ismail Sabri: K'jaan belanja RM200j laksana projek seragam harga di Sabah |  MUSA: AMBIL BERAT PENDIDIKAN ANAK-ANAK |  Mancini: City can handle title pressure! |  Women’s futsal team score biggest victory |  Bigger prize money, tougher tests await challengers | 
 BM

Orang ramai perlu jimat air: Masidi

12th March, 2010

KOTA KINABALU: Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Datuk Masidi Manjun menasihati orang ramai di negeri ini supaya mula berjimat cermat dalam penggunaan air setiap hari ekoran musim kemarau yang diramal berlarutan sehingga pertengahan bulan depan.

“Walaupun keadaan tidak serius namun secara peribadi saya rasa kita perlu menggunakan air secara berjimat cermat.

“Kebanyakan paras sungai di negeri ini menurun, mengecil akibat cuaca panas yang berlanjutan sehingga kini. Apapun kita harus bersedia menghadapi sebarang kemungkinan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Logo dan Program Tugu Budaya Etnik Sabah 2010, di Wisma Budaya di sini, kelmarin.

Masidi juga turut meminta Jabatan Alam Sekitar supaya sentiasa proaktif dalam memantau keadaan dan memastikan tidak berlaku pembakaran terbuka.

“Saya lihat terutama di kawasan luar bandar, banyak yang melakukan pembakaran terbuka termasuk pembakaran ladang untuk tanaman padi bukit,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai khususnya para petani supaya mengurangkan aktiviti pembakaran di ladang dalam keadaan cuaca yang panas bagi mengelak pencemaran udara, peningkatan suhu dan kebakaran.

“Saya lihat di sepanjang jalan kiri kanan (Jalan Tamparuli-Ranau) ada sahaja terbakar. Mungkin ada yang dilakukan oleh budak-budak nakal dengan membuang puntung rokok di tepi jalan sehingga menyebabkan kebakaran…inilah yang kita mahu elakkan,” katanya sambil menambah bahawa keseluruhannya masih lagi terkawal.

Masidi berkata pembakaran terbuka biasanya mengundang pelbagai masalah apatah lagi dalam keadaan cuaca yang sangat kering atau sangat panas.

“Misanya beberapa hari yang lalu cuaca mencecah sehingga 30 darjah celcius…begitu panas sekali,” katanya.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline