Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Kosimbayanan do rayat orurukut tinaru nosili kosuusuayan di koimbayat |  Koupisan audit pogun tumanud standard sompomogunan |  SONGKOSUAYAN 'PONOKOSANGANU' |  Pihak bank, syarikat pengawal diminta tepati masa bagi agihan BR1M |  Penerima BR1M diingatkan tidak buat penipuan: Charles |  JKR diminta buat pusingan silang di lampu isyarat dekat Sg Pampang, Kg Limbawan |  Tiada unsur jenayah kematian bekas MP Batu Sapi: Inkues |  Tawau catat penurunan kadar indeks jenayah |  Penduduk P. Sebatik bakal ditempatkan di Tg. Arang |  Warga asing ‘bermaharajalela’ |  2,397 rumah ‘bina baru’ PBR disiapkan |  AUDIT NEGARA IKUT STANDARD A-BANGSA |  Zambia keep promise to honour 1993 victims |  Pearce interim manager |  Move to break squash top 100 world rankings | 
 BM

BNBBC nyatakan pendirian sokong kepimpinan Musa

11th March, 2010

KOTA KINABALU: Kelab Penyokong Barisan Nasional Kerajaan Negeri (BNBBC) kelmarin menyatakan pendirian untuk berdiri teguh di belakang kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman.

Pengerusinya, Datuk Rubin Balang berkata, ini untuk membolehkan beliau (Musa) meneruskan agenda membangunkan negeri ini.

“Ini kerana corak kepimpinan beliau (Musa) kini diyakini dapat membangunkan rakyat dan negeri,” katanya dalam satu kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat BNBBC di sini, kelmarin.

Rubin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemabong berkata, jika ada sebarang rasa tidak puas hati atau kritikan yang dilemparkan oleh segelintir pihak tertentu, ia bukanlah merupakan agenda untuk kepentingan rakyat.

Tegasnya, BNBBC Kerajaan Negeri sentiasa menyokong kepimpinan kerajaan negeri dan pucuk pimpinan kerajaan pusat.

Dalam pada itu, Rubin berkata, mesyuarat BNBBC kelmarin juga membincangkan untuk memantapkan gerak kerja Adun di negeri ini untuk membangunkan rakyat di kawasan masing-masing.

Di samping itu, untuk menyusun program bagi mendapatkan taklimat daripada agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Kerja Raya (JKR), Majlis Keselamatan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan lain-lain lagi.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline