11th March, 2010
- KEMUDAHAN awam seperti perhentian bas menjadi tumpuan pemandu degil yang sesuka hati meletakkan kenderaan di lorong yang tidak sepatutnya, kata KAMSIAH dari petagas ketika menghubungi Actionline.
Menurutnya, pada sebelah tengahari atau petang, laluan ke Jalan Mat Salleh menjadi sempit dan sesak kerana pemandu-pemandu persendirian ini menggunakan lorong perhentian bas untuk menunggu rakan atau saudara yang berurusan di Rumah Persekutuan.
Kadang-kadang kenderaan mereka diletakkan sehingga berjam-jam yang menyebabkan menghalang lalu lintas. Saya nampak bas Tanjung Aru berpusu-pusu dengan kenderaan ini di perhentian bas untuk menurun dan mengambil penumpang, menghalang laluan pemandu lain.
Pemandu kenderaan persendirian sepatutnya meletakkan kereta mereka di dalam kawasan perkarangan bangunan Rumah Persekutuan dan bukan di kawasan bas perhentian yang dikhaskan untuk bas sahaja.
Katanya, sikap tidak ambi peduli pemandu-pemandu meletakkan kenderaan mereka di kawasan perhentian sekaligus membahayakan pengguna lain.
“Hampir setiap hari apabila saya mengambil anak-anak saya dari sekolah menengah Maktab Sabah yang terletak di belakang rumah persekutuan, saya dapati jalan di hadapan perhentian bas sesak dan kadangkala sukar dilalui kerana kereta dan bas berpusu masuk ke laluan perhentian bas,”
Beliau juga menyeru polis trafik untuk mengambil tindakan dengan mengeluarkan saman kepada pemandu pemandu degil supaya tidak mengulangi kesalahan kali kedua.
“Saya ternampak beberapa pegawai trafik yang datang dan beredar selepas mengeluarkan amaran secara lisan, tetapi ada segelintir pemandu yang degil kembali ke kawasan itu kerana beranggapan pihak trafik tidak serius menjalankan tugas,” katanya.
- Actionline menghubungi Ketua trafik, balai polis, Kota Kinabalu ASP Nordin dan beliau memberi jaminan akan mengambil tindakan.
“Berikan kami maklumat kawasan itu dan kami akan kerahkan pegawai untuk mengambil tindakan,” katanya.
|