11th March, 2010
- PENDUDUK PRIHATIN meminta pihak yang bertanggungjawab supaya mengambil tindakan segera berhubung keadaan lagun (lagoon) berhampiran KK Times Square yang kini dipenuhi sampah sarap.
Menurut beliau, keadaan itu boleh menjejaskan keindahan kawasan KK Times Squre yang setiap hari akan dikunjungi orang ramai kerana sampah sarap jelas kelihatan terapung-apung di permukaan air dan justeru itu ianya harus di atasi segera
Katanya, “Jika dilihat dari pandangan jauh, kawasan tersebut seolah-oleh merupakan pusat pembuangan sampah sarap. Malah paling teruk lagi ialah para pelancong yang datang ke agensi pelancongan di sini turut menyedari situasi ini.”
Tambahnya lagi, “Bayangkanlah apa yang mereka fikirkan tentang negeri Sabah??? Bagaimana hal ini boleh terlepas pandang sedangkan KK Times Square berada di pusat Bandar?”
Pengadu tidak pasti siapa yang harus dipersalahkan dalam hal ini; namun beliau berharap agar pihak yang bertanggungjawab akan tampil segera membersihkan kawasan lagun ini sebelum ia memberikan gambaran buruk kepada pelancong dan juga penduduk Sabah sendiri.
- Jurucakap Unit Aduan Awam, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) ketika dihubungi memaklumkan bahawa mereka telah memanjangkan perkara tersebut kepada pegawai bertanggungjawab untuk tindakan lanjut.
Katanya, “Pihak DBKK telah mengambil tindakan segera pagi tadi (kelmarin) sejurus selepas aduan dipanjangkan melalui ActionLine untuk kebaikan bersama.
|