Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
FORD RANGER GLOBAL CHALLENGE |  Ikoton polinta manaak jalur lebar nakadampot 58 piatus |  RM200 lizong montok projik papaadang gatang id Sabah |  DBKK MAMADADI KOTA KINABALU PODTUONGISAN POINSANDAD |  Kontraktor digesa percepat laksana projek ikut masa ditetapkan: Raime |  Anak tempatan tidak terpinggir isi jawatan penting dalam kerajaan, kata Yussof |  Sabah melebihi sasaran penembusan internet jalur lebar |  Dompok mahu NGO Kadazandusun martabatkan bahasa dan budaya |  K'jaan kaji kemerosotan minat pelajar dalam jurusan sains, matematik |  Yahya optimis kaum Cina bersama BN |  Ismail Sabri: K'jaan belanja RM200j laksana projek seragam harga di Sabah |  MUSA: AMBIL BERAT PENDIDIKAN ANAK-ANAK |  Mancini: City can handle title pressure! |  Women’s futsal team score biggest victory |  Bigger prize money, tougher tests await challengers | 
 BM

2,500 hektar tanah di Sabah sesuai tanaman semula getah

11th March, 2010

KUALA LUMPUR: Risda menerima permohonan daripada 1,000 pekebun kecil getah di Sabah untuk menjalankan projek tanaman semula dan ini dianggap satu pencapaian kerana agensi itu baru dua bulan beroperasi di negeri itu.

Ketua Pengarah Risda, Datuk Mohammad Izat Hasan, berkata seluas 2,500 hektar tanah di negeri itu dikenal pasti sesuai untuk projek tanaman semula getah.

Risda diberi tanggungjawab untuk meningkatkan taraf hidup pekebun kecil bagi tanaman getah secara individu manakala agensi kerajaan negeri, Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS), memajukan tanaman getah secara berkelompok.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, sebelum ini berkata kehadiran Risda di Sabah akan menyelesaikan masalah pekebun kecil yang tidak mempunyai modal dan kepakaran untuk memajukan tanah masing-masing.

Sabah mempunyai 123,300 hektar kawasan getah dengan 48,300 pekebun kecil.

Mohammad Izat berkata Risda akan membantu pekebun kecil di Sabah, antara lain, melalui projek tanaman semula getah di mana pekebun yang layak akan diberi bantuan sehingga RM10,000 meliputi bantuan baja, benih, teknikal dan kepakaran.

Seperti di Sarawak, beliau berkata program lain seperti Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) membabitkan tanaman kontan, ternakan dan industri desa akan dilaksanakan bagi mempelbagaikan sumber pendapatan keluarga pekebun kecil.

“Ini sumber pendapatan tambahan untuk pekebun kecil. Hasil tanaman juga ditingkatkan,” katanya.

Sasaran peningkatan pendapatan pekebun kecil kepada RM2,000 sebulan menjelang akhir 2010 merupakan satu petunjuk prestasi utama bagi Risda.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline