Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
FORD RANGER GLOBAL CHALLENGE |  Ikoton polinta manaak jalur lebar nakadampot 58 piatus |  RM200 lizong montok projik papaadang gatang id Sabah |  DBKK MAMADADI KOTA KINABALU PODTUONGISAN POINSANDAD |  Kontraktor digesa percepat laksana projek ikut masa ditetapkan: Raime |  Anak tempatan tidak terpinggir isi jawatan penting dalam kerajaan, kata Yussof |  Sabah melebihi sasaran penembusan internet jalur lebar |  Dompok mahu NGO Kadazandusun martabatkan bahasa dan budaya |  K'jaan kaji kemerosotan minat pelajar dalam jurusan sains, matematik |  Yahya optimis kaum Cina bersama BN |  Ismail Sabri: K'jaan belanja RM200j laksana projek seragam harga di Sabah |  MUSA: AMBIL BERAT PENDIDIKAN ANAK-ANAK |  Mancini: City can handle title pressure! |  Women’s futsal team score biggest victory |  Bigger prize money, tougher tests await challengers | 
 Local

Kerja rata tanah timbulkan ketidakselesaan penghuni Taman Mepo

10th March, 2010
  • Kerja-kerja meratakan tanah di kawasan terbuka di belakang kediaman Puan Wee di Kolombong menimbulkan kemarahannya.

Suri rumah dari Taman Mepo itu berkata adalah tidak wajar pemandu traktor berkenaan untuk berulang kali ke kawasan lapang selepas meratakan tanah di belakang kediamannya setiap dua jam.

Katanya, walaupun ia berkaitan jentera berat seperti jentolak untuk membersihkan belukar bagi tujuan pembangunan, kerja-kerja meratakan tanah sepatutnya dilakukan dalam tempoh yang singkat dan bukannya setiap hari.

“Kerja-kerja menggunakan jentolak itu sudah pun bermula sejak menjelang perayaan Tahun Baru Cina, kenapakah ia tidak boleh disiapkan dalam masa sehari atau dua hari untuk mengelakkan ketidakselesaan? Tanyanya.

Puan Wee berkata beliau sentiasa mengelap dan membersihkan habuk di kawasan rumahnya setiap kali pemandu traktor itu melakukan kerja-kerja berkaitan

“Biarpun saya berada dalam rumah, saya perlu menutup semua jendela bagi mengelakkan habuk. Saya masih ingat pada suatu masa, jiran saya menjerit ke arah pemandu lori terbabit untuk berhenti,” katanya.

Menurut beliau, pemandu traktor itu ketika ditanya berkata beliau mempunyai tugasan di kawasan lain.

Puan Wee mahu kontraktor terbabit menyelesaikan kerja-kerja berkaitan tepat pada masanya.

  • Seorang jurucakap daripada Unit Hotline Dewan Bandaraya Kota Kinabalu berkata akan merujuk perkara berkenaan kepada bahagian jurutera untuk tindakan lanjut.
   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline