Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
FORD RANGER GLOBAL CHALLENGE |  Ikoton polinta manaak jalur lebar nakadampot 58 piatus |  RM200 lizong montok projik papaadang gatang id Sabah |  DBKK MAMADADI KOTA KINABALU PODTUONGISAN POINSANDAD |  Kontraktor digesa percepat laksana projek ikut masa ditetapkan: Raime |  Anak tempatan tidak terpinggir isi jawatan penting dalam kerajaan, kata Yussof |  Sabah melebihi sasaran penembusan internet jalur lebar |  Dompok mahu NGO Kadazandusun martabatkan bahasa dan budaya |  K'jaan kaji kemerosotan minat pelajar dalam jurusan sains, matematik |  Yahya optimis kaum Cina bersama BN |  Ismail Sabri: K'jaan belanja RM200j laksana projek seragam harga di Sabah |  MUSA: AMBIL BERAT PENDIDIKAN ANAK-ANAK |  Mancini: City can handle title pressure! |  Women’s futsal team score biggest victory |  Bigger prize money, tougher tests await challengers | 
 BM

Semua agensi terlibat agropolitan diminta percepat pelaksanaannya

10th March, 2010

KOTA BELUD: Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Dr Ewon Ebin meminta semua agensi yang terlibat dengan program agropolitan di Kota Belud mempercepatkan pelaksanaannya yang kini tertangguh jauh daripada sasaran masa yang sepatutnya.

Katanya, peruntukan pelaksanaan yang begitu besar telah disediakan kerajaan melalui Koridor Pembangunan Sabah (SDC) dan tapak pelaksanaan juga telah dikenalpasti namun kemajuan perlaksanaan masih belum kelihatan.

Perkara sebegini tidak harus berlaku. Semua permasalahan harus diselesaikan dengan segera. Jangan tunggu sampai program mega ini menemui jalan buntu atau terbengkalai dan akhirnya merugikan semua pihak, tambahnya.

Antara agensi terlibat dalam perlaksanaan program ini termasuklah Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA) sebagai pelaksana projek, Lembaga Industri Getah (LIGS), Pejabat Daerah, Jabatan Tanah dan Ukur, Jabatan Haiwan dan Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar.

Katanya lagi, agensi terlibat harus bertanggungjawab melaksanakan peranan masing-masing disamping saling bekerjasama antara satu dengan lain tanpa mengambil masa yang terlalu panjang bagi menyelesaikan permasalahan yang timbul.

Sebagai menteri yang bertanggungjawab dalam perkara ini, saya tidak mahu mendengar sebarang alasan tidak munasabah dari mana-mana agensi terlibat.

“Laporan terkini mengenai perkembangan program ini harus dikemas kini dari masa ke masa,” tegasnya.

Beliau berkata demikian semasa menerima taklimat mengenai perkembangan program agropolitaan di pejabat daerah Kota Belud sempena lawatan kerja rasmi beliau dan rombongan ke tapak projek itu di kampung Pintasan dan Rosok.

Sejak tahun 2008 dua kampung dalam daerah ini iaitu kampung Pintasan dan kampung Rosok/Surun dipilih sebagai tapak perlaksanaan program agropolitan melalui pengusahaan ternakan lembu ( Pintasan) dan tanaman getah (Rosok/Surun).

Bagaimanapun masalah di Rosok timbul apabila keluasan tanah yang diperlukan tidak mencukupi kerana sebahagian tapak cadangan termasuk dalam kawasan tadahan air di samping mendapat sedikit bantahan daripada penduduk atas sebab tertentu.

Sehubungan itu, Ewon meminta Jabatan Tanah dan Ukur mengenal pasti tanah kerajaan di sekitar tapak berkenaan bagi melengkapkan kawasan yang diperlukan.

Pada lawatan itu, Ewon turut dibawa meninjau Bengkel Kraftangan Tenunan Dastar di bawah Kementeriannya di kampung Rampaian Laut.

Turut serta pada lawatan ini Pembantu Menteri Datuk Sairin Karno, Pembantu Menteri pertanian dan Industri Makanan Datuk Musbah Jamli, Adun Kadamaian Datuk Herbert Timbun, Setiausaha Tetap Kementerian Datuk Ghulam Jelani, Pegawai daerah Muhd Najib Muntok dan pegawai-pegawai kerajaan.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline