Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Caretaker gets 20-year jail term for sexual offence against two boys |  Murder: March 24 date for prison wardens, senior officer |  Christian set to spearhead Sabah’s gold medal quest |  Perfect getaway at beautiful Ulu Look Lungsung Beach |  250 participants vie for top honours at Borneo Hospitality Challenge |  JPKA mogium mohoingon toi walis songuhun bagang |  Sakadai RM260 lizong montok mongumbasi sikul nakahaid id Sabah |  Kapanadaan ikoton polinta montok kovosian layat potihombuson |  Learning beyond textbooks: An enriching field trip for IMU Chinese Medicine students |  RM260 million for repair of 67 dilapidated schools in Sabah this year |  Malaysia's economy to grow within 3.2 to 4.2 pct, fiscal deficit expands |  Kejuruteraan Asastera secures RM19.78 mln project in Desa ParkCity |  Neurogine, UMSKAL team up to groom financial services talent |  Kejayaan kelulusan 100 peratus sekolah menengah wajar dipertahan: Mohd Arifin |  JPKA cari waris bayi lelaki | 
 EDUCATION

Edisi ke-4 AIBC 2020 dibuat pada Ogos di Labuan

14th February, 2020

LABUAN : Edisi ke-4 Persidangan Perniagaan Antarabangsa 2020 (AIBC 2020) yang akan diadakan di sini pada Ogos akan mengemukakan isu-isu dalam 13 topik yang berkaitan dengan ekonomi.

Persidangan selama dua hari, mulai 15 Ogos depan merupakan anjuran bersama oleh Kampus Antarabangsa Universiti Malaysia Sabah (UMSKAL) dan bank kedua terbesar di dunia iaitu China Construction Bank (CCB, Cawangan Labuan).

Bertemakan, ‘Analisis Perniagaan serta Jangkaan Pasaran’, ia bertujuan untuk menggalakkan Fakulti Kewangan Antarabangsa UMSKAL Labuan (FKAL) berhubung melalui perbincangan akademik dan dasar yang berkaitan dengan trend perniagaan semasa di rantau Asia.

Pengerusi Penganjur, Prof. Madya Dr Geoffrey Harvey Tanakinjal berkata tema persidangan kali ini adalah sejajar dengan isu ekonomi semasa, yang menangani pelbagai cabaran yang berkaitan dengan perjalanan perniagaan sekarang.

“Maklumat sedang diedarkan dan pengetahuan berpindah di kalangan pihak berkepentingan antarabangsa,” katanya kepada pemberita hari ini.

Tiga penceramah utama yang telah mengesahkan kehadiran mereka adalah Dekan serta Presiden Asia School of Business Prof Charles Fine, Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Datuk Dr Mohd Daud Bakar dan Ketua Unit Penyelidikan Teknologi UMS (Fakulti Pengurusan Pengkomputeran & Informatik), Prof. Madya Dr Rayner Alfred.

Kolokium Kedoktoran juga akan menjadi sebahagian daripada persidangan yang menyediakan platform bagi pelajar lepasan ijazah tempatan dan antarabangsa untuk membentangkan pendapat mereka yang berkaitan dengan tema.

“Kami menjangkakan kehadiran 150 peserta merangkumi pakar-pakar dalam bidang perniagaan, ekonomi, pemasaran, pengurusan, pelancongan, teknologi maklumat, perbankan Islam dan kewangan serta psikologi.

“Ia akan menjadi pentas antarabangsa untuk penyelidik, pengamal, cendekiawan dan ahli akademik daripada pelbagai bidang untuk membentangkan penemuan mereka,” kata Geoffrey lagi.

Persidangan ini akan disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Darrell Leiking.

   
Email Print