Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Caretaker gets 20-year jail term for sexual offence against two boys |  Murder: March 24 date for prison wardens, senior officer |  Christian set to spearhead Sabah’s gold medal quest |  Perfect getaway at beautiful Ulu Look Lungsung Beach |  250 participants vie for top honours at Borneo Hospitality Challenge |  JPKA mogium mohoingon toi walis songuhun bagang |  Sakadai RM260 lizong montok mongumbasi sikul nakahaid id Sabah |  Kapanadaan ikoton polinta montok kovosian layat potihombuson |  Learning beyond textbooks: An enriching field trip for IMU Chinese Medicine students |  RM260 million for repair of 67 dilapidated schools in Sabah this year |  Malaysia's economy to grow within 3.2 to 4.2 pct, fiscal deficit expands |  Kejuruteraan Asastera secures RM19.78 mln project in Desa ParkCity |  Neurogine, UMSKAL team up to groom financial services talent |  Kejayaan kelulusan 100 peratus sekolah menengah wajar dipertahan: Mohd Arifin |  JPKA cari waris bayi lelaki | 
 BM

Tujuh lokasi di Sabah Sarawak untuk b40, OKU tuntut dekoder

14th February, 2020

PUTRAJAYA: Tujuh lokasi – satu di Sabah dan enam di Sarawak – telah dikenal pasti sebagai pusat pengagihan dekoder percuma myFreeview bagi golongan berpendapatan rendah (B40) dan orang kurang upaya (OKU) yang layak membuat tuntutan.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam kenyataan hari ini memaklumkan pengagihan dekoder percuma di lokasi terpilih adalah dari pukul 9 pagi hingga 4.30 petang, pada tarikh pengagihan yang ditetapkan.

Di Sabah, pusat pengagihan terletak di Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kota Kinabalu dan dekoder boleh dituntut pada 20 hingga 22 Feb.

Di Sarawak, terdapat dua pusat pengagihan di Kuching iaitu Aeroville Mall dengan tarikh pengagihan pada 15 dan 16 Feb; manakala di E-Mart Batu Kawah pula pada 17 dan 18 Feb.

Dua pusat pengagihan di Miri ialah E-Mart Tudan pada 16 Feb manakala tarikh pengagihan di Dewan Suarah Miri pula pada 27 dan 28 Feb.

Di Bintulu, dekoder boleh dituntut di Times Square Mall pada 1 dan 2 Mac dan di Sibu pula di Sekolah Menengah Kebangsaan Nangka pada 7 dan 8 Mac.

“Warga B40 dan golongan OKU yang layak dan berdaftar di Sabah dan Sarawak, adalah digalakkan untuk menuntut dekoder percuma myFreeview di pusat-pusat pengagihan terdekat secara berperingkat bermula 15 Februari ini,” menurut MCMC.

MCMC menasihatkan orang ramai untuk membawa bersama kad pengenalan bagi tujuan pengesahan.

Katanya, semakan kelayakan untuk mendapatkan dekoder percuma boleh dibuat melalui SMS dengan menaip MYTV (jarak) DEKODER (jarak) (nombor kad pengenalan anda) dan hantar ke 15888, atau layari www.mytvbroadcasting.my/B40 atau hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan myFreeview di talian 1-300-80-6988 atau 1-800-18-1088.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai boleh melayari www.myFreeview.tv atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan MYTV di talian 1-800-18-1088 atau 1-300-80-6988 dari pukul 8 pagi sehingga 10 malam setiap hari, termasuk cuti umum.

Permohonan set dekoder percuma untuk golongan B40 yang layak juga boleh dibuat melalui e-mel ke digitaltv@mcmc.gov.my.- Bernama

   
Email Print