Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Caretaker gets 20-year jail term for sexual offence against two boys |  Murder: March 24 date for prison wardens, senior officer |  Christian set to spearhead Sabah’s gold medal quest |  Perfect getaway at beautiful Ulu Look Lungsung Beach |  250 participants vie for top honours at Borneo Hospitality Challenge |  JPKA mogium mohoingon toi walis songuhun bagang |  Sakadai RM260 lizong montok mongumbasi sikul nakahaid id Sabah |  Kapanadaan ikoton polinta montok kovosian layat potihombuson |  Learning beyond textbooks: An enriching field trip for IMU Chinese Medicine students |  RM260 million for repair of 67 dilapidated schools in Sabah this year |  Malaysia's economy to grow within 3.2 to 4.2 pct, fiscal deficit expands |  Kejuruteraan Asastera secures RM19.78 mln project in Desa ParkCity |  Neurogine, UMSKAL team up to groom financial services talent |  Kejayaan kelulusan 100 peratus sekolah menengah wajar dipertahan: Mohd Arifin |  JPKA cari waris bayi lelaki | 
 EDUCATION

Manfaatkan gajet jadi pengguna bijak, kata Anita

14th February, 2020

KOTA MARUDU: Manfaatkan gajet untuk menjana minda yang sihat dan menjadi pengguna yang bijak serta hebat. Adun Tandek, Datuk Anita Baranting berkata pengguna khususnya golongan pelajar perlu didedahkan dengan etika melayari internet sebagai langkah untuk mengelakkan mereka terlibat dalam masalah sosial.

“Kecanggihan teknologi terkini seperti gejet boleh menjadikan para pelajar lalai dan mengundang pelbagai masalah seperti penipuan atas talian atau scammer yang kini semakin membimbangkan banyak pihak.

“Selain itu, kepintaran teknologi gajet juga mampu manipulasi pemikiran golongan remaja sehingga terjebak dalam masalah penyalahgunaan dadah menerusi perkhidmatan kurier dan sebagainya.

“Oleh itu, langkah ini merupakan intervensi awal bagi mengelakkan para pelajar daripada masalah sosial yang boleh memudaratkan pelajar.

“Para pelajar perlu tahu etika-etika semasa melayari internet dan memahami apa yang patut dan tidak patut untuk dilayari,” katanya ketika berucap merasmikan Program Smart Junior di sini, pada Khamis.

Dalam majlis itu, beliau turut menggesa masyarakat agar segera membuat aduan kepada pihak yang berkaitan sekiranya terdapat kegiatan yang tidak sihat di kawasan masing-masing.

Jelasnya, program anjuran Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat bersama Pejabat Pendidikan Daerah serta Pejabat Daerah itu bertujuan memberi kesedaran kepada para pelajar agar menjadikan teknologi gajet sebagai sumber mendapatkan maklumat, di samping menjana minda yang sihat.

“Program ini amat bersesuaian dengan pelajar sekolah rendah dengan mengetengahkan topik mengenai etika dan keselamatan internet,” tambah beliau.

Turut berlangsung, ceramah keselamatan internet oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

   
Email Print