Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Caretaker gets 20-year jail term for sexual offence against two boys |  Murder: March 24 date for prison wardens, senior officer |  Christian set to spearhead Sabah’s gold medal quest |  Perfect getaway at beautiful Ulu Look Lungsung Beach |  250 participants vie for top honours at Borneo Hospitality Challenge |  JPKA mogium mohoingon toi walis songuhun bagang |  Sakadai RM260 lizong montok mongumbasi sikul nakahaid id Sabah |  Kapanadaan ikoton polinta montok kovosian layat potihombuson |  Learning beyond textbooks: An enriching field trip for IMU Chinese Medicine students |  RM260 million for repair of 67 dilapidated schools in Sabah this year |  Malaysia's economy to grow within 3.2 to 4.2 pct, fiscal deficit expands |  Kejuruteraan Asastera secures RM19.78 mln project in Desa ParkCity |  Neurogine, UMSKAL team up to groom financial services talent |  Kejayaan kelulusan 100 peratus sekolah menengah wajar dipertahan: Mohd Arifin |  JPKA cari waris bayi lelaki | 
 BM

Anggota RELA disaran lengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan

14th February, 2020

RANAU: Ahli Parlimen di sini, Jonathan Yasin menyarankan kepada para anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA),, agar memperlengkapkan diri dengan ilmu kemahiran serta pengetahuan sesuai dengan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka.

Menurutnya, tugas seorang anggota Rela kini semakin penting dan mencabar bukan sahaja menjadi mata dan telinga kerajaan malah membantu dalam pelbagai segi termasuklah membantu menyelamat dan mencari mereka yang sesat sama ada di hutan, dihanyutkan air atau lemas sungai dan di laut.

beliau memberitahu, para anggota Rela punyai peranan penting membantu pasukan Bomba dan Penyelamat ketika sesuatu insiden seperti kebakaran bangunan, kebakaran hutan, bertugas sesuatu majlis seperti upacara-upacara rasmi atau Pilihan Raya.

“Justeru, bayaran elaun kepada anggota Rela yang memiliki pelantikan di mana-mana platun harus dibayar ganjaran (Gaji) bagi memartabatkan peranan Rela”, jelasnya.

Menurutnya lagi, kerajaan amat berterima kasih dengan peranan serta tanggunjawab para anggota Rela yang bukan sahaja bertungkus lumus menjalankan tugas yang diamanahkan.

Jonathan yang juga Pengerusi Lembaga Koko Malaysia (LKM) menjelaskan demikian ketika berucap pada majlis bersama Pegawai Rela, Ketua Perhubungan Rela dan Ketua Platun Rela Ranau, di bilik Bilik Mesyuarat FAMA Ranau, Bangunan Kerajaan Persekutuan daerah Ranau pada Khamis.

Beliau menyatakan kesediaan untuk membantu setakat yang termampu kepada Pasukan Rela Daerah Ranau, dalam menjayakan program-program yang difikirkan perlu melibatkan penduduk dan komuniti daerah.

Sempena majlis itu, Jonathan mewakili pasukan Rela bagi menyampaikan sumbangan derma kepada kepada Dalinah Barayang 53, isteri kepada salah seorang anggota Rela, mendiang Jinon Unsingan yang telah meninggal dunia di Kg. Togop Darat Ranau.

Turut berucap mengalu-alukan kehadiran Jonathan ialah Pegawai Rela Daerah Ranau, Ag. Damit Pg. Yusof dan dihadiri lebih 100 anggota Rela dari 148 Platun Rela Mukim daerah Ranau. Majlis berakhir dengan sesi dialog para anggota Rela dengan Jonathan.

   
Email Print