Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Caretaker gets 20-year jail term for sexual offence against two boys |  Murder: March 24 date for prison wardens, senior officer |  Christian set to spearhead Sabah’s gold medal quest |  Perfect getaway at beautiful Ulu Look Lungsung Beach |  250 participants vie for top honours at Borneo Hospitality Challenge |  JPKA mogium mohoingon toi walis songuhun bagang |  Sakadai RM260 lizong montok mongumbasi sikul nakahaid id Sabah |  Kapanadaan ikoton polinta montok kovosian layat potihombuson |  Learning beyond textbooks: An enriching field trip for IMU Chinese Medicine students |  RM260 million for repair of 67 dilapidated schools in Sabah this year |  Malaysia's economy to grow within 3.2 to 4.2 pct, fiscal deficit expands |  Kejuruteraan Asastera secures RM19.78 mln project in Desa ParkCity |  Neurogine, UMSKAL team up to groom financial services talent |  Kejayaan kelulusan 100 peratus sekolah menengah wajar dipertahan: Mohd Arifin |  JPKA cari waris bayi lelaki | 
 BM

Zaini Jass dilantik Pesuruhjaya Polis Sabah baharu

14th February, 2020

KOTA KINABALU: Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Zaini Jass dilantik sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah yang baharu, manakala Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Roslee Chik dilantik sebagai Ketua Polis Terengganu menggantikan Datuk Aidi Ismail yang dinaikkan pangkat kepada Komisioner Polis dan menyandang jawatan Pesuruhjaya Polis Sarawak berkuat kuasa, kelmarin.

Zaini menggantikan Datuk Omar Mammah, 60, yang akan bersara wajib, esok, manakala bekas Setiausaha Polis Malaysia Datuk Mazli Mazlan dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah baharu mengambil alih jawatan Zaini.

Majlis serah terima tugas jawatan Pesuruhjaya Polis Sabah itu diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah yang disaksikan oleh Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Mazlan Mansor.

Zaini, 57, yang berasal daripada Segamat, Johor, memulakan tugas dalam pasukan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) pada 1984, dan pernah pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), Jabatan Pengurusan Bukit Aman. -Bernama

   
Email Print