Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Caretaker gets 20-year jail term for sexual offence against two boys |  Murder: March 24 date for prison wardens, senior officer |  Christian set to spearhead Sabah’s gold medal quest |  Perfect getaway at beautiful Ulu Look Lungsung Beach |  250 participants vie for top honours at Borneo Hospitality Challenge |  JPKA mogium mohoingon toi walis songuhun bagang |  Sakadai RM260 lizong montok mongumbasi sikul nakahaid id Sabah |  Kapanadaan ikoton polinta montok kovosian layat potihombuson |  Learning beyond textbooks: An enriching field trip for IMU Chinese Medicine students |  RM260 million for repair of 67 dilapidated schools in Sabah this year |  Malaysia's economy to grow within 3.2 to 4.2 pct, fiscal deficit expands |  Kejuruteraan Asastera secures RM19.78 mln project in Desa ParkCity |  Neurogine, UMSKAL team up to groom financial services talent |  Kejayaan kelulusan 100 peratus sekolah menengah wajar dipertahan: Mohd Arifin |  JPKA cari waris bayi lelaki | 
 BM

Pekerja cuba tegur lelaki, cedera ditetak

14th February, 2020

LAHAD DATU: Seorang pekerja cedera di tangan kiri dipercayai akibat ditetak menggunakan sebilah parang dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 5.30 petang, di sebuah rumah di Kampung Sinakut,Tungku, dekat sini, pada Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah ini, ACP Nasri Mansor berkata, ekoran kejadian itu mangsa iaitu lelaki berumur 52 tahun telah dikejarkan ke Hospital Lahad Datu untuk mendapatkan rawatan dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Menurut Nasri, sebelum kejadian, mangsa dikatakan telah menegur perbuatan seorang lelaki agar tidak cuba mencuri buah sawit milik keluarganya sendiri.

Berang dengan teguran mangsa, kata Nasri suspek yang berumur 25 tahun dipercayai telah bertindak sedemikian. “Suspek berjaya diberkas sejurus selepas kejadian tersebut.

“Sehubungan itu, siasatan lanjut sedang dibuat dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” katanya lagi. -Oleh: MARLINA MACPEE

   
Email Print