Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Caretaker gets 20-year jail term for sexual offence against two boys |  Murder: March 24 date for prison wardens, senior officer |  Christian set to spearhead Sabah’s gold medal quest |  Perfect getaway at beautiful Ulu Look Lungsung Beach |  250 participants vie for top honours at Borneo Hospitality Challenge |  JPKA mogium mohoingon toi walis songuhun bagang |  Sakadai RM260 lizong montok mongumbasi sikul nakahaid id Sabah |  Kapanadaan ikoton polinta montok kovosian layat potihombuson |  Learning beyond textbooks: An enriching field trip for IMU Chinese Medicine students |  RM260 million for repair of 67 dilapidated schools in Sabah this year |  Malaysia's economy to grow within 3.2 to 4.2 pct, fiscal deficit expands |  Kejuruteraan Asastera secures RM19.78 mln project in Desa ParkCity |  Neurogine, UMSKAL team up to groom financial services talent |  Kejayaan kelulusan 100 peratus sekolah menengah wajar dipertahan: Mohd Arifin |  JPKA cari waris bayi lelaki | 
 BM

Kajian segera keselamatan di laut perlu dibuat selepas kejadian bot karam di Sandakan

14th February, 2020

SANDAKAN: Ahli Parlimen Sandakan Vivian Wong Shir Yee berkata terdapat keperluan segera bagi mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) untuk semua bot dan feri yang beroperasi di kawasan perairan di daerah itu.

Beliau berkata demikian selepas kejadian bot penumpang dari Kampung Tanjung Aru berlanggar dengan bot sedang ditunda pagi kelmarin yang menyebabkan tiga penumpang cedera parah dan seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) masih hilang dalam kejadian itu.

“Kita mempunyai ramai anak-anak dari kawasan pulau yang bersekolah dan pergi ke tanah besar Sandakan untuk menghadiri kelas mereka setiap hari menggunakan bot dan feri atau kapal penambang, keselamatan mereka adalah sangat penting,” katanya dalam satu kenyataan kelmarin.

“Oleh itu, adalah penting bahawa pihak berkuasa yang berkaitan menjalankan kajian segera mengenai keselamatan operasi semua bot dan feri untuk memastikan kemalangan seperti ini tidak akan berlaku pada masa akan datang,” tambah Vivian.

Beliau turut melawat penumpang yang cedera dan keluarga mereka di Hospital Duchess of Kent Sandakan ekoran kejadian tersebut pada hari Khamis.

“Selain tumpuan misi mencari dan menyelamat penumpang yang hilang dan juga untuk memastikan semua penumpang yang cedera dijaga, saya juga menyeru pihak berkuasa yang berkaitan untuk menjalankan siasatan kemalangan dengan cepat dan seterusnya mengemukakan penemuan itu ke arah meningkatkan keselamatan semua operasi laut di kawasan perairan kita,” tambah Vivian.

Dalam tempoh ini juga katanya, Parlimen Sandakan akan terus bekerjasama rapat dengan semua agensi berkaitan seperti Polis, Bomba, Maritim, Angkatan Pertahanan Awam, pihak hospital dan jabatan kebajikan untuk menyediakan semua sokongan yang diperlukan kepada semua penumpang dan keluarga mereka yang terjejas.

Di samping itu, Vivian juga akan mengunjungi Kampung Tanjung Aru hari ini (Jumaat) bersama rombongan Parlimen Sandakan untuk berdialog dengan penduduk kampung mengenai isu-isu pengangkutan laut.

   
Email Print