Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
LG G Watch Andriod Wear Device Now Available Worldwide |  Tutumapi motusaikol nopujulan kiniopon |  Musa mongunsub sinakagon tongomuhok manampasi seni koubasanan kinoizonon |  PONGIDUAN DI ATAMANGAN MANAAK KOUNALAN KUMAA LAYAT, KA DI NAJIB |  Rakyat perlu kekalkan perpaduan, kata Ukoh |  Ibu bapa, guru perlu berganding bahu lahir pelajar cemerlang: Hamisa |  Suami isteri maut dalam kemalangan |  Penghapusan subsidi bahan bakar perlu dilakukan berperingkat: Dr Mahathir |  Kanak-kanak lelaki 3 tahun hilang dalam semak |  Musa gesa generasi muda pelihara seni budaya tempatan |  PENGAPUNGAN TERKAWAL BERI FAEDAH KEPADA RAKYAT: NAJIB |  Stenson continues brilliant play |  Rodgers: We won’t dwell on meltdown |  Dollah’s men bullish ahead of Myanmar clash |  Bird conquers challenging Putrajaya street circuit | 
 BM

Kunjungi Lombong Mamut di Bangunan Pusat Sains

0503-ma25
ANTARA yang dipamerkan di Galeri Pameran Lombong Tembaga mamut.

7th March, 2010

Kepada mereka yang tidak berkesempatan melawat lombong Tembaga Mamut di daerah Ranau sebelum pemberhentian operasinya beberapa tahun yang lalu, merupakan satu kerugian kerana tidak dapat melihat dengan sendiri bagaimana cara tembaga itu dihasilkan dan cara-cara perlombongannya.

Bagaimana pun, anda masih lagi berpeluang menyaksikannya kerana di Jabatan Muzium Sabah didirikan satu ruang pameran yang mengenai Lombong Mamut yang terletak di Bangunan Pusat Sains dimana terletaknya pameran Shell.

Sungguhpun ia hanya berbentuk pameran, tetapi cukup memberikan gambaran yang jelas kepada kita mengenai perlombongan tembaga di Sabah pada ketika itu. Pameran ini merupakan usaha syarikat Mamut Copper Mining Sdn Bhd dengan kerjasama Jabatan Muzium Sabah yang dibuka rasmi kepada orang ramai pada 31 Mac 1989.

Dengan adanya pameran berkenaan, ia serba sedikit menambahkan pengetahuan khususnya para pelajar. Dalam pameran ini terdapat beberapa bahan yang menarik seperti kepingan tembaga asli dan juga beberapa contoh jenis bantuan. Melalui pameran ini juga, ia dapat memberi gambaran kepada kita bagaimana cara-cara melombong tembaga.

Tujuan utama pameran ini diwujudkan ialah untuk memberi manfaat kepada para pelawat. Di samping itu, ia juga merupakan satu projek untuk mendalami pengetahuan perlombongan tembaga yang ada di Sabah. Apa yang menyeronokkan apabila melawat di galeri pameran ini, para pelawat dibenarkan merakam gambar untuk kenang-kenangan.

Sementara itu, sepanjang tahun lalu bilangan pelawat yang berkunjung ke kompleks Muzium Sabah termasuklah di muzium-muzium Pantai Timur, muzium kawasan pedalaman meningkat dibandingkan pada tahun-tahun sebelumnya. Peningkatan agak ketara adalah disebabkan pihak Muzium Sabah kerap kali mengadakan pameran sementara dan beberapa langkah yang diambil seperti menaikkan taraf pameran.

Selain daripada itu, mungkin atas bantuan dan kerjasama pihak akhbar tempatan, media elektronik dan terutama sekali akhbar New Sabah Times yang membantu mempromosikan Jabatan Muzium Sabah melalui rencana setiap Ahad.

Dengan banyak program yang diadakan oleh pihak Jabatan Muzium Sabah seperit persembahan pameran sementara, kraf exotica termasuklah juga sukan tradisional yang diadakan di Kampung Warisan. Begitu juga di muzium kawasan pantai Timur dan Muzium pedalaman yang turut mengadakan pelbagai aktiviti. Langkah sedemikian, bukan sahaja memberi penerangan kepada orang ramai mengenai Muzium Sabah tetapi pada masa yang sama juga peluang untuk berinteraksi kepada masyarakat setempat seperti yang terkandung dalam piagam Muzium Sabah iaitu sebagai pendidik kepada masyarakat yang berilmu dan berbudaya.

Dengan adanya program ini, maka bilangan pelawat yang datang melawat ke muzium amat ketara peningkatannya. Sebagai buktinya berikut statik bilangan pelawat pada tahun lalu dari Januari hingga Disember. Di bangunan utama Muzium Sabah sahaja yang menempatkan pameran Kaamatan, Terowong Masa, Seramik, Galeri Kosmos, Galeri Seramik dan Ilmu Kejadian, pelawat yang datang melawat ialah 163,533.

Bangunan pusat sains pula yang menempatkan pameran teknologi penyiaran, teknologi keretapi, balai seni lukis, lombong tembaga mamut dan pameran Shell bilangan pelawatnya 46,580 dan Kampung Warisan 107,854.

Muzium Tamaduan Islam juga meningkat pelawatnya iaitu 15,409 orang. Muzium Rumah Agnes Keith di Sandakan 12,115 orang. Muzium Warisan Sandakan 10,903 orang, Muzium Agop Batu Tulung 7,484. Manakala Muzium Warisan Keningau yang baru dirasmi pada Mei tahun lalu juga mencatatkan pelawatnya 7,046 dan Muzium Budaya Murut yang terletak di rumah kebudayaan Murut di Kampung Pulong, Tenom juga meningkat iaitu 5,738.

Mungkin pada tahun ini bilangan pelawat akan meningkat lagi, kerana banyak program-program yang telah disediakan oleh pihak Muzium Sabah. Tahun ini Muzium Sabah merupakan hos Hari Muzium Antarabangsa peringkat Kebangsaan yang dirai pada 18 Mei setiap tahun.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline