Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Ensearch pinopoingkavas toihaan kokomoi ponguhudan sandad posoihi |  Komontilian Kotundaan Habus Kakadazan Sabah pinapaanjul 45 tudon Abaabazan Mesej |  CPI rose 3.5% to 109.9 in March |  IFCA, SHAREDA to hold special GST workshop |  Rising middle class to drive automotive demand in Malaysia |  FM Autohaus launches new third generation MINI Cooper and MINI Cooper S in Sabah |  Jawatankuasa Khas ditubuh tangani masalah pembeli rumah apabila GST dilaksana |  Yahya: Program Rancangan Tebatan Banjir Sungai Menggatal akan diteruskan |  1,277 KM JALAN LUAR BANDAR SUDAH DIBINA |  Duo win doubles golf tourney by two strokes |  Cebagoo suffer first home defeat |  RM1.5m to upgrade rural football fields in Sabah |  Two-bronze show |  Boston remembers marathon victims one year on |  Putin warns Ukraine on brink of civil war as Kiev sends army in | 
 BM

Peranan Muzium Sabah merangkumi pelbagai aspek

2502-muzium-9d
BANGUNAN utama Muzium Sabah yang menempatkan khazanah warisan masyarakat tempatan Negeri Sabah.

28th February, 2010

TANGGAPAN sesetengah masyarakat terhadap Muzium Sabah hanyalah semata-matanya tempat menyimpan barangan antik lama. Tanggapan itu memang benar, tetapi di sebalik semua itu peranan Muzium Sabah sebenarnya merangkumi pelbagai aspek.

Justeru itu, pihak muzium sentiasa melayani orang ramai melalui lawatan berpandu. Semasa lawatan berpandu ini, pihak Muzium akan menjelaskan dengan terperinci peranan Muzium Sabah yang sebenarnya. Di samping itu, pihak Muzium Sabah mengadakan program ‘out reach’ di kawasan terpencil untuk menerangkan apa itu Muzium Sabah.

Bagi memperbetulkan tanggapan mereka, penulis menerangkan dan memperjelaskan visi, misi, objektif dan fungsi Muzium Sabah. Visi Muzium Sabah memelihara, budaya sejarah dan semula jadi Sabah. Misinya pula berkhidmat untuk masyarakat sebagai pendidik ke arah membina masyarakat berilmu dan berbudaya. Manakala objektif utamanya ialah mewujudkan sebuah khazanah warisan budaya, sejarah dan semulajadi yang ulung dan menjadi pusat penyelidikan warisan kepada masyarakat dalam dan luar negeri. Membantu mewujudkan masyarakat berkualiti, berilmu dan berbudaya sehingga terbentuk satu masyarakat yang mencintai warisan budaya, sejarah dan semula jadi di samping membentuk semangat patriotik di kalangan masyarakat berbilang kaum di Sabah khususnya dan Malaysia amnya.

Manakala fungsi utama Muzium Sabah ialah memperolehi, mendokumentasi, memelihara, mempamerkan dan menginterpretasi bahan bukti warisan budaya, sejarah dan semula jadi negeri Sabah serta maklumat berkaitan untuk manfaat orang awam masa kini dan generasi akan datang.

Dalam kesempatan ini, penulis telah menemuramah tiga pelajar kolej PTPL Sabah yang akan menamatkan praktikal mereka di Jabatan Muzium pada hujung bulan April ini. Sebelum ini tanggapan mereka sebelum ini, Muzium Sabah hanyalah gedung penyimpanan antik lama sahaja. Tetapi apabila mereka menjalani praktikal di muzium dan telah membuat penyelidikan barulah mereka faham Muzium Sabah sebenarnya.

Cik Jumlaini Binti Mohamad Agus yang pertama kalinya menjejakkan kaki ke Muzium Sabah terpegun melihat struktur bangunan yang agak unik. Pada mulanya saya langsung tidak tahu ciri-ciri setiap bangunan Muzium Sabah. Tetapi apabila diberi peluang menjalankan praktikal disini selama enam bulan, saya dapat tahu ciri-ciri bangunan Muzium Sabah. Perkara yang amat membanggakan lagi Muzium Sabah ialah dengan adanya Muzium Tamadun Islam. Ini membuktikan bahawa Muzium Sabah telah memelihara keunikan Islam dan secara tidak langsung turut berfungsi lebih global dan kompleks.

Bagi Cik Norevniza binti Nordin pula, sebelum ini beranggapan Muzium Sabah hanyalah menyimpan barang-barang lama, memelihara dan memulihara segala khazanah yang sukar ditemui hari ini. Namun tanggapan itu meleset sama sekali apabila saya menjadi warga Muzium Sabah selama enam bulan. Sepanjang menjalankan praktikal di sini, sedikit sebanyak pengalaman dan pengetahuan yang saya timba membuka minda saya lebih jauh tehadap peranan muzium. Malah katanya, pihak muzium turut mengadakan pameran bergerak yang memberi informasi kepada penduudk luar bandar yang tidak mampu datang berkunjung ke Muzium Sabah untuk melihat artifak dan bahan-bahan yang dipamerkan.

Dengan pengalaman yang saya perolehi selama praktikal di Muzium Sabah, saya akan hebahkan keapda mereka yang masih cetek pengetahuan mengenai Muzium Sabah, katanya.

Sementara itu Sazali Bin Sani, memuji kerjasama dan keramahan kakitangan Muzium Sabah yang dapat dirasakan pada hari pertama mendaftarkan diri sebagai salah seorang yang menjalani praktikal di Jabatan Muzium Sabah.

Pada hari pertama mendaftar diri, saya tertarik dengan sikap ramah kaki tangan bertugas. Sazali berkata sikap kaki tangan yang sering memberi bantuan sepanjang menjalani praktikal di Muzium Sabah memudahkan lagi tugasnya sebagai pelajar.

Malah katanya, kini beliau faham sejauh mana peranan Muzium Sabah selain menyimpan pelbagai barangan antik dan menyimpan seribu satu catatan sejarah ia turut memberikan gambaran kemesraan antara kakitangan mampu menghasilkan mutu kerja yang baik.

Ini saya dapat rasakan sepanjang berada di sini selain memperolehi pengalaman, saya juga dapat merasai suasana kerja yang harmoni dan ceria, katanya dan menambahkan pengalaman berada di Muzium Sabah merupakan sesuatu yang sukar dilupakan, katanya.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline