Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
‘Bed Intruder’ songster turning fame into a future |  Secret testimony reveals stars’ loss |  Michael Douglas optimistic about cancer recovery |  Petronas buys BP’s stakes for US$363 million |  KL shares end mixed |  Bukit Kiara reports RM1.2 million sales |  Properties worth RM550m sold at SHAREDA expo |  Gompion kinomordikaan maya’ piuludan orurukut tinaru: Ghani |  80 natantaman PATI tinaan id kalaja ponoihian posoihi kakadazan Keningau |  Koonduan nopujulan kiniopon miampai tahanan noihitan wayol |  PANG HUMINABUS LDP OM GUMINABAS KALAJA PAATI |  Akta Persaingan 2010 akan sumbang pasaran berdaya saing |  Syarikat Jepun berminat labur dalam industri sawit |  Rakyat rugi jika ambil keputusan tidak sokong kerajaan: Sairin |  Wanita ditemui mati dengan leher dijerut wayar | 
 BM

Khairul Azman bangkit dari kesempitan hidup

9th February, 2010

Siapa tidak kenal dengan Khairul Azman Mohamed, bekas penjaga gol terbaik Malaysia era 1990-an yang tidak asing lagi.

Dengan ketangkasannya mengawal gawang pintu gol suatu ketika dahulu cukup digeruni lawan. Beliau diiktiraf sebagai antara penjaga gol terbaik di Asia ketika zaman kegemilangannya.

Beliau yang kini sudah bersara dari arena bola sepak negara dan antarabangsa, mula berjinak-jinak dalam perniagaan ‘jualan langsung’ yang sebelum ini tidak pernah diceburinya.

Dorongan untuk ‘mencuba nasib’ dalam bidang itu disebabkan oleh kesempitan dan desakan hidup selepas bersara dalam dunia bola sepak.

Sebelum ini, peminat sukan bola sepak negara terutamanya peminat Khairul Azman, dikejutkan dengan paparan kisah hidupnya daripada sebuah stesen televisyen yang menyentuh emosi semua orang.

Ini kerana, kecederaan lutut yang dialaminya ketika berbakti untuk negara dan pasukan negeri masih belum pulih sepenuhnya telah membataskan pergerakannya untuk mencari rezeki manampung kehidupan sekeluarga.

Kedua-dua belah kakinya mengalami kecederaan yang sangat serius dan memerlukan kos yang tinggi untuk pembedahan.

Seperti hilang punca dan arah kerana tiada pendapatan untuk menyara keluarga dan keperluan hidup, Khairul sentiasa berdoa agar suatu hari nanti hidupnya boleh berubah.

Beliau tidak lagi boleh menunggu dan menghitung nasibnya yang belum pasti dan tidak boleh juga bergantung pada ehsan orang ramai semata-mata.

Tarikh 3 Oktober 2009 adalah tarikh keramatnya kerana beliau tidak menyangka seorang anak muda dari Kuala Lumpur Helmy Yahya Hashim, sanggup datang berjumpa dengannya di Penampang.

Kisah Khairul benar-benar menyentuh perasaan Helmy.

Menceritakan bagaimana beliau boleh dipertemukan dengan saudara Khairul, dia berkata: “Saya telefon kawan-kawan saya di Sabah untuk mencari nombor telefon dan tempat tinggal Khairul”.

“Pada awalnya Khairul seperti keliru kerana kami tidak pernah kenal sebelum ini. Tentulah beliau tidak kenal saya … tapi siapa yang tidak kenal beliau,” kata Helmy.

Pertemuan hampir satu jam di kawasan Penampang itu rupa-rupanya menjadi titik tolak perubahan hidup Khairul, beliau tidak sangka dengan keazaman anak muda ini membantu beliau, dan apa yang memeranjatkan Khairul anak muda itu seorang usahawan berjaya dan bergelar jutawan.

Khairul berkata: “Dia terus ambil buku cek dan tulis angka RM30,000 dan bertanya kepada saya, adakah selepas kaki saya pulih boleh mengubah nasib keluarga saya? selepas kaki saya pulih, apa yang saya boleh lakukan? soalan yang saya sendiri belum pasti”.

“Beliau (Helmy) menunjukkan saya jalan bagaimana boleh bangkit kembali dan menyara kehidupan kami sekeluarga. Perniagaan yang tidak pernah saya lakukan dan tiada langsung pengalaman dalam jualan lansung. Saya tertarik dengan kata-kata En. Helmi iaitu, “kenapa mesti ambil RM30,000 sebulan dan mengharapkan ehsan dari orang, berpijak di kaki sendiri dan buktikan anda boleh”.

“Pada mulanya saya, sangsi dan was-was tetapi selepas pulang ke rumah, saya minta isteri saya menyemak lesen perniagaan syarikat tersebut sama ada berdaftar atau tidak dengan kementerian (KPDNHEP).

“Selepas mengetahui perniagaan tersebut sah dan berdaftar, saya tidak menoleh ke belakang lagi dan syukur kepada Tuhan, kini perniagaan yang saya buat hampir empat bulan ini mendatangkan pulangan yang sangat lumayan,” kata Khairul.

Kini keahlian di seluruh Sabah mencecah 400 orang. Produk-produk yang berkualiti seperti jus manggis, pil susu kambing, dan kosmetik semakin digemari kerana ia baik untuk kesihatan.

Mereka yang berminat menjadi usahawan EMBC (Belina Cosmetic) hubungi Khairul di talian 016 8175 556, Fred (012 8680 830) atau Fayerina (016 5837 792) untuk keterangan lanjut.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline