Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Kosimbayanan do rayat orurukut tinaru nosili kosuusuayan di koimbayat |  Koupisan audit pogun tumanud standard sompomogunan |  SONGKOSUAYAN 'PONOKOSANGANU' |  Pihak bank, syarikat pengawal diminta tepati masa bagi agihan BR1M |  Penerima BR1M diingatkan tidak buat penipuan: Charles |  JKR diminta buat pusingan silang di lampu isyarat dekat Sg Pampang, Kg Limbawan |  Tiada unsur jenayah kematian bekas MP Batu Sapi: Inkues |  Tawau catat penurunan kadar indeks jenayah |  Penduduk P. Sebatik bakal ditempatkan di Tg. Arang |  Warga asing ‘bermaharajalela’ |  2,397 rumah ‘bina baru’ PBR disiapkan |  AUDIT NEGARA IKUT STANDARD A-BANGSA |  Zambia keep promise to honour 1993 victims |  Pearce interim manager |  Move to break squash top 100 world rankings | 
 BM

Terserah pucuk pimpinan tentukan pengerusi BN Tenom baru: Rubin

9th February, 2010

TENOM: Umno Bahagian Tenom menyerahkan kepada pucuk pimpinan untuk melantik Pengerusi Barisan Nasional (BN) Tenom menggantikan Datuk Frankie Chong.

Sebelum ini Frankie Chong dilantik sebagai Pengerusi BN semasa Parti Maju Sabah (SAPP) sebelum parti itu keluar dalam BN.

Ketua Umno Bahagian Tenom Datuk Rubin Balang berkata, Umno Bahagian ini menerima sesiapa juga di kalangan pemimpin parti komponen BN di kawasan ini dilantik oleh pucuk pimpinan BN.

“Kita serahkan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan BN untuk melantik dan mengisi kekosongan jawatan itu,” katanya kepada media selepas menghadiri majlis penyerahan bantuan sayang anjuran Pergerakan Wanita Umno Tenom di Dewan Datuk Seri Panglima Antanom di sini kelmarin.

Rubin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemabong Datuk Rubin Balang berkata, jawatan Pengerusi BN Tenom yang disandang oleh Frankie secara automatik kosong apabila SAPP keluar dalam komponen BN.

Bagaimanapun katanya, kekosongan jawatan Pengerusi BN itu tidaklah mendesak kerana pemimpin-pemimpin parti komponen yang ada di kawasan berkenaan termasuk wakil-wakil rakyat mempunyai kemampuan mengurus parti masing-masing bagi membantu dan memantapkan perjuangan BN di kawasan terbabit.

Justeru katanya, kekosongan jawatan itu tidak mendatangkan apa-apa kesan dengan kepimpinan BN di kawasan berkenaan.

“Pemimpin-pemimpin BN di kawasan ini masih ada kesepakatan walaupun belum ada Pengerusi BN yang dilantik,” kata Rubin.

Dalam perkembangan lain, Rubin memberitahu, program bulanan Juara Rakyat bagi kawasan Tenom akan berlangsung di Dewan Seri Ontoros Kemabong pada 12 Februari ini.

Katanya, Program Juara Rakyat itu dijangka akan dirasmikan oleh Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad yang juga Timbalan Menteri Pertahanan yang menjadi bapa angkat Umno Bahagian Tenom.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline