Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Shares end on weak note |  MAS, TCS sign five-year IT infrastructure services contract |  Tune Hotels.com eyes big role in UK’s tourism sector |  Komuniti Bestari kapapanau tinonggungan tagayo id kapanahakan kopointalangan |  Agong mokianu buuan momit di HM mindau id gana sumoomo layat |  Pogioton panamangan id gana tutubpoon kapal: Azizah |  DUVO KUSAI NAGAKOM MOMILASU KAD KREDIT |  Penduduk Taman Mepo kecewa surat tidak sampai ke alamat penerima |  Simpanan air Labuan hanya mampu bertahan empat bulan |  Pemadam Sabah akan edar 10,000 pelekat kereta berkaitan dadah |  Tuanku Mizan dukacita tingkah laku MP jejas imej mereka |  90 anggota Kastam Sabah naik pangkat |  Polis Sabah berjaya tahan dua anggota sindiket palsu kad kredit |  Jabatan Perhutanan Sabah digesa beri penjelasan kepada rakyat |  AGONG SIFATKAN MEB BERPANDANGAN JAUH | 
 BM

Empat daripada lapan unit radar sudah beroperasi di perairan Pantai Timur Sabah

9th February, 2010

SEMPORNA: Empat daripada lapan unit radar yang dirancang dipasang di sepanjang perairan Pantai Tmur Sabah bagi memantau keselamatan kawasan berkenaan sudah beroperasi, kata Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad.

Beliau berkata empat unit radar lagi akan dipasang di lokasi strategik di sepanjang perairan negeri itu dan dijangka siap sebelum akhir tahun ini.

“Saya sudah menyaksikan sendiri pusat operasi Angkatan Tugas Bersama di sini yang dilengkapi dengan peralatan daripada Amerika. Jadi kita mempunyai keupayaan untuk menyelia, memantau sepenuh masa keadaan persekitaran sempadan kita.

“Ini termasuk kerjasama dengan agensi seperti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pasukan Gerakan Marin, Imigresen dan Kastam. Ini sebenarnya menjadi contoh terbaik bagaimana koordinasi menjaga keselamatan (negara),” katanya.

Abdul Latiff berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Kem Sri Wangsa dekat seni serta menyaksikan demonstrasi operasi model pesawat peninjau tanpa pemandu (UAV) yang sedang dibina dan diuji bagi membantu mengawasi perairan negara.

Katanya ini merupakan kali pertama tentera Malaysia menggunakan aset Amerika bersama dengan aset tempatan sedia ada tanpa perlu menambah perbelanjaan kerajaan namun pada masa yang sama berupaya meningkatkan keberhasilan penggunaan aset berkenaan.

Abdul Latiff berkata dakwaan sesetengah pihak kononnya perairan Sabah tidak selamat adalah spekulasi semata-mata dan berpendapat amaran perjalanan yang dikeluarkan Kedutaan Amerika Syarikat di sini diperbesar-besarkan oleh media, tidak menjejaskan kehadiran pelancong ke Sabah.

Katanya Ops Pasir yang dilancarkan sejak 2000 berikutan insiden penculikan di Pulau Sipadan berjaya meningkatkan keyakinan pelancong untuk terus datang ke Sabah khususnya di kawasan pantai timur dan ia terus bertambah setiap tahun.

Katanya jika adapun berlaku penurunan kehadiran pelancong, ia bukanlah berpunca daripada masalah keselamatan di kawasan sempadan perairan negara sebaliknya disebabkan wabak H1NI dan kemelesetan ekonomi dunia.

Projek pemasangan unit radar di pantai timur Sabah itu merupakan kerjasama Amerika dan Malaysia di bawah Program Inisiatif 1206. Ia merupakan bantuan Amerika kepada negara-negara sahabat bagi menghadapi ancaman pengganas.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline