Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Search for site to replace Kayu Madang |  Sheen pleads not guilty in domestic violence case |  Kate Winslet splits from husband |  OFFICE POLITICS IS NOT GOOD |  Share prices close lower in cautious trade |  Malaysia capable of luring more FDIs this year |  Cocoa grinding industry shows rapid growth |  Kinoponomponan komponi sigup nakapanahak koundaran kumaa madadagang sigup id kaki lima |  Susumikul nohonod ontok minooi pagapon id Bavang Pegalan |  Vaig bavang Padas i nokotuun kopomohingkang vinakas lotilik |  APAT NATAAN ID KIIS MINANAMBANA |  Pemuda Umno galak belia ceburi 'Porter' |  Penutupan syarikat tembakau tidak jejas pendapatan penjual tembakau kaki lima |  BN Labuan disifatkan pasukan bertenaga |  JKJR akan pasang CCTV pantau pengguna jalan raya | 
 BM

Barang rampasan dilelong MDK dapat sambutan luar biasa daripada pembida

9th February, 2010

KENINGAU: Barang rampasan yang dilelong oleh Majlis Daerah Keningau (MDK) mendapat sambutan luar biasa daripada berpuluh pembida.

“Mereka bersaing sesama sendiri untuk memiliki barang lelongan,” jelas Pegawai Kerja MDK – Alfian Koroh.

Antara barang yang dilelong ialah basikal, jam, tali pinggang, baldi serta kain yang kesemuanya dirampas daripada penjaja haram di daerah ini.

Alfian berkata, kebanyakan barang rampasan itu disimpan di antara dua hingga tiga tahun, dan dirampas daripada penjaja yang enggan mematuhi undang-undang Pihak Berkuasa Tempatan.

Katanya, MDK telah memberikan tempoh yang begitu lama kepada pemilik untuk membuat tuntutan, namun mereka tidak berbuat demikian kerana menyedari kesalahan yang mereka dilakukan.

“Jalan penyelesaiannya adalah melelong barang rampasan itu kepada orang ramai,” tambahnya.

MDK adalah yang pertama di negeri ini yang menjalankan lelongan ke atas barang-barang rampasan, daripada penjaja haram yang bertujuan untuk memperkasakan penguatkuasaan undang-undang di daerah ini.

Kesemua barang lelongan itu habis bertukar tangan dalam tempoh dua jam.

Ditemui selepas majlis itu, Alfian menasihatkan orang ramai supaya mendapatkan lessen daripada pihak berkuasa tempatan, sebelum menjalankan sebarang bentuk perniagaan.

“Sesiapa pun berhak untuk mendapatkan lesen .. tidak ada pilih kasih, asalkan mereka layak,” katanya.

Beliau memberitahu, menjalankan perniagaan tanpa sebarang lesen adalah salah, dan mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang tanpa mengira kedudukan.

Menjawab satu soalan, Alfian menasihatkan para peniaga di Bandar itu, supaya mengutamakan kebersihan.

“Saya dapati masyarakat di sini masih tidak menghiraukan kebersihan,” katanya dan menambah, tabiat suka membuang sampah di merata tempat masih berleluasa.

Pegawai Kerja itu menegaskan, MDK telah menetapkan selama dua bulan untuk masyarakat di daerah ini, untuk memahami penguatkuasaan undang-undang mengenai kebersihan Bandar, dan selepas itu mereka yang didapati mengabaikan kebersihan boleh dikenakan denda dengan serta-merta.

“Tidak ada kompromi selepas ini,” jelasnya.

Kempen kebersihan Bandar dilancarkan oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Hajiji Hj. Mohd Noor pada 26 Januari lepas.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline