Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Jack of all trades, master of none |  His heart is elsewhere |  No longer friends after smacking |  Elvis’ clash with media on view at Newseum in DC |  Authorities: Corey Haim had illegal prescription |  Ihoon kozo gontob vinasi do institiusi ponginobosan guhui mongoput balajalan |  Pisosoomo koinsavat tombuhui mantad Brunei toun diti: Masidi |  Taman Bukit Tawau kitangazan adadi gogondoon tutumombuhui |  PERAK MINSINGIHO KOINSAMAKAN SABAH PAPANTOD PIHUMAAGAN |  Pameran haji di muzium |  Lebih 34,000 rakyat Brunei lawat Sabah tahun lalu |  Perak mahu belajar pendekatan Sabah kukuhkan perpaduan rakyat |  Kementerian terap pembangunan insaniah kepada pelajar IPT |  Nasrun hulur bantuan kepada 25 keluarga mangsa kebakaran |  Lajim beri peringatan kepada peniaga tempatan | 
 BM

Pejabat, klinik dan kompleks kesihatan di Papar

9th February, 2010

PAPAR: Fasiliti kesihatan di Papar dijangka akan ditingkatkan apabila pejabat, klinik dan sebuah kompleks kesihatan akan dicadangkan untuk pembinaan di bawah Rancangan Ma- laysia Kesepuluh (RMK-10).

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin berkata setakat ini fasiliti kesi- hatan di Papar adalah pada tahap yang memuaskan tetapi tidak dinafikan perlu penambahan di kawa- san yang meningkat populasinya.

“Cadangan untuk wujudkan dua pejabat kesihatan daerah iaitu di Kinarut dan Bongawan, dan klinik-klinik kesihatan baru antaranya di Bongawan dan Kimanis, sebenarnya telah dimasukkan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan dianjakkan ke Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

“Lebih-lebih lagi Kimanis yang sedang memulakan projek SGOT (Sabah Oil and Gas Terminal), jadi di sana dijangka populasi akan meningkat 10, 000 orang,” katanya kepada pemberita selepas lawatan ke Pejabat Kesihatan Daerah Papar dan Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA) Papar dekat sini, kelmarin.

Beliau juga telah meminta Pejabat Kesihatan Daerah Papar meneliti beberapa kawasan di daerah Papar yang sesungguhnya mempunyai populasi yang meningkat, seperti Kinarut dan Pengalat.

Semasa lawatan itu, pegawai kesihatan pejabat tersebut Dr Lim Jac Fang menyampaikan taklimat mengenai aktiviti- aktiviti pejabat tersebut.

Rosnah yang juga Ahli Parlimen Papar berkata sebuah Kompleks Kesihatan daerah Papar akan dicadangkan dibawah RMK-10 untuk menjadi pusat pentadbiran kesihatan bagi menyelenggara- kan klinik-klinik dan pejabat-pejabat kesihatan sekeliling.

“Papar daerah yang membangun, penambahan penduduk yang berlaku melebihi tiga peratus (setahun). Tapi sebelum itu kita akan tumpukan kepada perjawatan dulu, kerana kita tidak mahu kompleks ini menjadi ‘gajah putih’ sekiranya ianya diluluskan kerajaan,” tambahnya.

Berdasarkan statistik 2005, Papar yang terletak 50 kilometer daripada Kota Kinabalu, mempunyai kira-kira 110,778 populasi.

Dalam pada itu, katanya Papar merupakan antara daerah yang berusaha menaiktarafkan dan mencapai status Unit Kesihatan Kawasan (AHU), dimana ketika ini sudah terdapat 10 daerah yang dikenal pasti dengan status tersebut di negeri Sabah.

Status itu akan memudahkan fasiliti kesihatan di situ berhubung terus dengan ibu pejabat di Kuala Lumpur dan bukan melalui peringkat nege- ri terlebih dahulu, kata Rosnah.

Daerah-daerah yang telah mempunyai status AHU adalah Kota Kinabalu, Tawau, Sanda- kan, Lahad Datu, Beaufort, Keningau, Kudat, Tuaran, Beluran dan yang terbaru Penampang.

Sementara itu menyentuh mengenai perkembangan klinik 1Malaysia di Sabah, Rosnah berkata keempat-empat klinik tersebut yang terletak di Sulaman Sentral (Kota Kinabalu), Bandar Sri Indah (Tawau), Bandar Leila (Sandakan) dan Bundusan Square (Penampang) telah pun dibuka pada Januari lepas, serentak dengan pembukaan di seluruh negara.

“Saya difahamkan terdapat 70 hingga 90 pesakit di setiap klinik setiap hari, dan ini dijangka akan meningkat,” tambah beliau.

Katanya memandangkan keadaan geografi Sabah yang besar, dijangkakan jumlah klinik 1Malaysia di negeri ini akan ditambah kelak, untuk mengatasi isu kesihatan dalam golongan berpendapatan rendah.

Rosnah turut melawat Klinik Kesihatan Kinarut selepas itu.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline