Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
‘Bed Intruder’ songster turning fame into a future |  Secret testimony reveals stars’ loss |  Michael Douglas optimistic about cancer recovery |  Petronas buys BP’s stakes for US$363 million |  KL shares end mixed |  Bukit Kiara reports RM1.2 million sales |  Properties worth RM550m sold at SHAREDA expo |  Gompion kinomordikaan maya’ piuludan orurukut tinaru: Ghani |  80 natantaman PATI tinaan id kalaja ponoihian posoihi kakadazan Keningau |  Koonduan nopujulan kiniopon miampai tahanan noihitan wayol |  PANG HUMINABUS LDP OM GUMINABAS KALAJA PAATI |  Akta Persaingan 2010 akan sumbang pasaran berdaya saing |  Syarikat Jepun berminat labur dalam industri sawit |  Rakyat rugi jika ambil keputusan tidak sokong kerajaan: Sairin |  Wanita ditemui mati dengan leher dijerut wayar | 
 BM

Majikan mula komitmen banteras pendatang tanpa izin: Hishammuddin

9th February, 2010

PUTRAJAYA: Golongan majikan di negara ini mula menunjukkan komitmen dalam membantu kerajaan membanteras masalah pekerja asing tanpa izin dengan menggerakkan pelbagai usaha ke arah itu.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata mereka juga telah berikrar untuk memberikan komitmen sepenuhnya bagi menyelesaikan masalah itu.

“Saya menerima respon positif daripada pihak majikan…malah, sebahagian wakil-wakil persatuan yang datang menemui saya telah mula menggerakkan usaha masing-masing,” katanya dalam kenyataan di sini kelmarin.

Beliau berkata antaranya ialah Persatuan Pengusaha Restoran Muslim SeMalaysia (Presma) yang telah mula bergerak ke beberapa negeri untuk mendapatkan komitmen ahli agar berhenti daripada mengambil pekerja asing secara haram.

“Gabungan Persatuan Pengusaha Cina dan India yang datang menemui saya Jumaat lepas pula telah memutuskan untuk mengadakan Mesyuarat Agung Khas untuk memanggil kesemua ahli badan gabungan untuk bekerjasama dalam agenda membendung kebanjiran warga asing ini,” katanya.

Hishammuddin berkata pada masa sama kementerian akan terus mengetatkan dasar, syarat dan prosedur pengambilan pekerja asing.

Beliau berkata ruang untuk pekerja asing baru tidak boleh terus dibuka sekiranya mereka yang tamat tempoh kontrak masih belum meninggalkan negara ini.

“Semua pihak perlu memahami tindakan dan ketegasan kerajaan dalam hal ini demi menjamin keselamatan negara sentiasa terpelihara,” katanya.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline