Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Kosimbayanan do rayat orurukut tinaru nosili kosuusuayan di koimbayat |  Koupisan audit pogun tumanud standard sompomogunan |  SONGKOSUAYAN 'PONOKOSANGANU' |  Pihak bank, syarikat pengawal diminta tepati masa bagi agihan BR1M |  Penerima BR1M diingatkan tidak buat penipuan: Charles |  JKR diminta buat pusingan silang di lampu isyarat dekat Sg Pampang, Kg Limbawan |  Tiada unsur jenayah kematian bekas MP Batu Sapi: Inkues |  Tawau catat penurunan kadar indeks jenayah |  Penduduk P. Sebatik bakal ditempatkan di Tg. Arang |  Warga asing ‘bermaharajalela’ |  2,397 rumah ‘bina baru’ PBR disiapkan |  AUDIT NEGARA IKUT STANDARD A-BANGSA |  Zambia keep promise to honour 1993 victims |  Pearce interim manager |  Move to break squash top 100 world rankings | 
 BM

MP Labuan minta penduduk rebut peluang ekonomi yang diwujudkan

8th February, 2010

LABUAN: Penduduk Labuan perlu merebut pelbagai peluang dan turut terlibat sama dalam setiap projek pembangunan yang sedang dan bakal dijalankan di pulau itu, kata anggota Parlimennya Datuk Yussof Mahal.

Beliau berkata selain menjadi pusat minyak dan gas, pusat pesisir kewangan antarabangsa, Labuan juga tidak lama lagi akan menjadi salah satu hab pengedaran produk halal di negara ini melalui projek pembangunan halal hab.

“Tidak ada gunanya untuk kita berbangga dengan apa yang ada di Labuan yang terkenal sebagai pusat pesisir kewangan antarabangsa, pusat minyak dan gas, dan bakal menjadi pusat pengedaran produk halal, sekiranya tidak ada penglibatan warga Labuan itu sendiri.

“Kenapa kita harus jadi pemerhati sedangkan kita boleh jadi pemain,” katanya Kelmarin.

Beliau berkata kerajaan telah menggalakkan pertumbuhan ekonomi di setiap daerah dan negeri bagi merancakkan aktiviti ekonomi yang diharapkan memberi faedah kepada rakyat.

Yussof berkata projek mega iaitu projek loji methanol Petronas yang menelan belanja RM1.5 bilion bermula pada 2006 bertujuan membantu menghidupkan ekonomi Labuan.

Loji methanol ketiga terbesar di dunia itu apabila siap kelak akan menawarkan kira-kira 2,400 peluang pekerjaan, katanya.

Beliau turut meminta penduduk Labuan supaya mula merancang untuk melibatkan diri dalam projek halal hab di Kiansam dekat sini tanpa menunggu di saat-saat akhir dan menggesa usahawan tempatan agar lebih kreatif dan berupaya menghasilkan produk beridentitikan Labuan.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline