Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
‘Bed Intruder’ songster turning fame into a future |  Secret testimony reveals stars’ loss |  Michael Douglas optimistic about cancer recovery |  Petronas buys BP’s stakes for US$363 million |  KL shares end mixed |  Bukit Kiara reports RM1.2 million sales |  Properties worth RM550m sold at SHAREDA expo |  Gompion kinomordikaan maya’ piuludan orurukut tinaru: Ghani |  80 natantaman PATI tinaan id kalaja ponoihian posoihi kakadazan Keningau |  Koonduan nopujulan kiniopon miampai tahanan noihitan wayol |  PANG HUMINABUS LDP OM GUMINABAS KALAJA PAATI |  Akta Persaingan 2010 akan sumbang pasaran berdaya saing |  Syarikat Jepun berminat labur dalam industri sawit |  Rakyat rugi jika ambil keputusan tidak sokong kerajaan: Sairin |  Wanita ditemui mati dengan leher dijerut wayar | 
 BM

TIADA LAPORAN KEROSAKAN AKIBAT GEMPA BUMI DI RANAU

8th February, 2010

KOTA KINABALU: Tiada laporan kerosa- kan harta benda atau aduan daripada penduduk kampung sekitar daerah Ranau, Sabah berhubung kejadian gempa bumi lemah yang dikesan di daerah itu awal kelmarin, kata Pegawai Daerah Ranau Faimin Kamin.

“Mungkin ia berlaku jauh dari kawasan pekan Ranau, apa pun kita berterima kasih kerana tidak berlaku apa-apa kejadian yang tidak diingini,” katanya, ketika dihubungi kelmarin.

Daerah Ranau terletak di kaki Gunung Kinabalu iaitu gunung yang tertinggi di Asia Tenggara yang menjadi tumpuan pelancong tempatan dan luar negara.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia di Kuala Lumpur kelmarin, satu gempa bumi lemah berukuran 2.6 pada skala Richter dikesan di kawasan itu.

Gempa itu dikesan berpusat di garisan lintang 6.1 Utara dan garisan bujur 116.8 Timur iaitu 11km dari timur laut Ranau dan 80km dari Kota Kinabalu, Sabah pada 2.07 pagi Ahad.

Gegaran kecil itu berkemungkinan dirasai di sekitar Ranau, kata kenyataan tersebut.

Sementara itu Ketua Polis daerah Ranau, DSP Suhaimi Hashim ketika dihubungi oleh New Sabah Times kelmarin berkata beliau hanya mengetahui tentang gempa bumi itu ketika mengikuti siaran berita di televisyen pada waktu tengah hari.

“Saya mendengarnya melalui televisyen tetapi saya tidak merasakan apa-apa,” katanya sambil mengesahkan tidak ada penduduk yang membuat sebarang laporan tentang kerosakan harta benda tentang gemba bumi itu.

Seorang kontraktor tempatan, Gabriel Kingan,52, juga berkata beliau tidak menyedari tentang gempa bumi itu sehinggalah anak lelakinya dari Kota Kinabalu yang mendengar berita itu dari siaran berita menghubunginya.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline