Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
_1
99 per cent of M-League teams complete privatisation process – FAM |  Tambadau leave early for Johor on chartered flight |  ‘Masculine’ sarongs to hit the market soon |  AirAsia to commence Kuching-Langkawi route in November |  ASNB declares total payout of RM646m for three funds |  Banks have approved 98 pct of 500,000 applications for repayment assistance – BNM |  Malaysia's economic activity outcome to improve in Q3 – DOSM |  Pokisompuruan i Rubin id Kabinet mongobi’ Murut |  Hajiji kaanu momupus kokusutan pulitik Sabah |  Songulun nogompitan tinanggayan Abu Sayyaf napatai id Sulu |  Hajiji minonimpuun kalaja sabaagi Vozoon Montili Sabah |  Penduduk pedalaman harap k'jaan baharu beri perhatian masalah, keperluan pembangunan |  Empat anggota PPM cedera, bot peronda meletup |  COVID-19: Semua urusandi JPN Sabah dilaksanakan secara temu janji |  ‘Lockdown’ in Sabah this Friday fake news – MKN | 
 BM

JBPM dalam usaha kurangkan insiden kematian akibat kebakaran: Kamarulzaman

15th January, 2020

OLEH ROZZALIN HASHIM

SANDAKAN: Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah, Kamarulzaman Malik berkata satu Kempen Keselamatan Di Rumah akan diperhebatkan dalam usaha mengurangkan insiden kematian akibat kebakaran di negeri ini.

Bercakap kepada pemberita katanya mengikut statistik pada tahun lalu berlaku peningkatan jumlah kematian akibat kebakaran rumah dengan 35 kes kematian direkodkan.

Menurut beliau, kebanyakannya dikenalpasti membabitkan kejadian kebakaran pada waktu malam dan pihaknya akan melaksanakan kempen keselamatan melibatkan beberapa program pendidikan awam.

Beliau berkata, antaranya Bomba Bersama Masyarakat, kempen 1 Rumah 1 Alat Pemadam Api (1 RAPI) dan kempen pada musim perayaan bakal dilaksanakan dalam masa terdekat ini.

Katanya, kempen melibatkan pemeriksaan di pusat membeli-belah serta tempat tumpuan awam untuk memastikan tiada bahaya kebakaran.

Ujarnya lagi, program juga turut melibatkan pasukan kadet bomba, skuad bomba komuniti dan pasukan bomba sukarela.

“Sasaran kita ingin capai adalah untuk mengurangkan kadar kematian akibat kebakaran ... justeru itu, kita akan menumpukan kempen pada kali ini adalah keselamatan di rumah dan kita akan tengok kawasan-kawasan yang banyak berlaku kematian.

“Ada beberapa program sudah kita aturkan khusus untuk pendidikan awam ... kita ada program bomba bersama masyarakat, kempen satu rapi dan juga kempen di musim perayaan,”

“Kita sedari juga kebanyakan kes-kes kematian ini melibatkan kebakaran rumah atau pun kediaman, jadi kempen keselamatan kita pada tahun ini akan ditumpukan kepada kempen keselamatan di rumah,” jelasnya.

Kamarulzaman ditemui pada sidang media sejurus selepas Majlis Apresiasi Bersama Media JBPM Zon 6 Sandakan di Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, malam Selasa lalu.

Hadir sama adalah Ketua JBPM Zon 6 Sandakan, Anddre Andrew dan Pengerusi Persatuan Media Sandakan Sabah (PEMASSA) James Leong.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai persediaan kesiapsiagaan agensi penyelamatan negara untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis pada 18 Januari ini, beliau berkata pihaknya telah dan sentiasa dalam keadaan bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan khususnya perkara yang tidak diingini berlaku seperti kebakaran.

Katanya, pasukan bomba akan ditempatkan di pusat pengiraan undi di Beaufort dan kemungkinan akan membekukan cuti pegawai dan anggota pada hari berkenaan.

Majlis sempena perpisahan Anddre iaitu Ketua JBPM Zon 6 Sandakan yang akan berpindah ke JBPM Zon Beaufort. Majlis turut menyaksikan rakan-rakan media di Sandakan menerima sijil penghargaan atas komitmen dan kerjasama yang tinggi kepada JBPM Zon 6 Sandakan.

Terdahulu, Anddre ketika berucap merakamkan ucapan terima kasih atas kerjasama baik media dalam menyebarluaskan maklumat berkaitan peranan anggota bomba dalam pelbagai operasi penyelamatan sekaligus meningkatkan kesedaran orang awam mengenai kepentingan penjagaan keselamatan setiap masa.

   
Email Print