Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
_1
99 per cent of M-League teams complete privatisation process – FAM |  Tambadau leave early for Johor on chartered flight |  ‘Masculine’ sarongs to hit the market soon |  AirAsia to commence Kuching-Langkawi route in November |  ASNB declares total payout of RM646m for three funds |  Banks have approved 98 pct of 500,000 applications for repayment assistance – BNM |  Malaysia's economic activity outcome to improve in Q3 – DOSM |  Pokisompuruan i Rubin id Kabinet mongobi’ Murut |  Hajiji kaanu momupus kokusutan pulitik Sabah |  Songulun nogompitan tinanggayan Abu Sayyaf napatai id Sulu |  Hajiji minonimpuun kalaja sabaagi Vozoon Montili Sabah |  Penduduk pedalaman harap k'jaan baharu beri perhatian masalah, keperluan pembangunan |  Empat anggota PPM cedera, bot peronda meletup |  COVID-19: Semua urusandi JPN Sabah dilaksanakan secara temu janji |  ‘Lockdown’ in Sabah this Friday fake news – MKN | 
 BM

Reka bentuk arca jawi Ta dan Wau dipersetujui oleh JLN, MPT sebelum dipasang

15th January, 2020

TAWAU: Reka bentuk arca tulisan jawi Ta dan Wau merujuk kepada Tawau di Jalan Persisiran Pantai telah dipersetujui antara Jabatan Landskap Negara (JLN) bersama Majlis Perbandaran Tawau (MPT) sebelum dipasang.

Menurut sumber dari JLN berkata, tidak timbul isu tulisan jawi berkenaan salah kerana dalam mesyuarat awal yang dilakukan sebelum ini telah dipersetujui semua pihak termasuk Presiden MPT, Alijus Sipil pada ketika itu.

Menurutnya, JLN sendiri telah mengambil inisiatif menghubungi pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berhubung tulisan jawi berkenaan melalui email jika ianya salah dari segi hukum agama.

“JAKIM telah membalas email kita dan mereka mengesahkan ianya tidak salah dari segi hukum agama kerana itu hanya sebagai mercu tanda,”katanya ketika dihubungi bagi mengulas isu berkenaan, kelmarin.

Jelasnya, reka bentuk arca itu telah dibuat secara ‘in house’ oleh arkitek JLN dan tujuannya untuk mendapatkan kelainan serta keunikan bagi menarik perhatian pengunjung sekaligus menjadi mercu tanda Tawau yang terkini. Di bawah arca tersebut katanya, ada terdapat secara jelas ejaan Tawau dalam bahasa Malaysia supaya tidak mengelirukan pengunjung.

Sehubungan itu katanya, pihak JLN tidak akan menukar mercu tanda berkenaan sebaliknya jika pihak MPT ingin menukarnya mereka perlu mengeluarkan bajet peruntukan sendiri.

Terdahulu sumber itu memberitahu beliau kesal dengan tindakan pihak yang menukar mercu tanda itu dengan simbol ‘kitar semula’ di dalam poster kalendar yang mereka cetak ekoran kononnya ejaan tulisan jawi berkenaan salah.

“Sepatutnya isu ini tidak berlaku kerana proses menyiapkan mercu tanda berkenaan bukan dilakukan dalam tempoh sehari sahaja sebaliknya memerlukan masa dan komitmen sehingga tiga minggu,”ujarnya.

Bagaimanapun kenyataan pihak yang mencetak kalendar itu berkata, tindakan itu dilakukan selepas mendapat nasihat daripada Presiden MPT, Datuk Ir. Amrullah Kamal untuk menukar arca tersebut dengan logo kitar semula.

“Atas alasan bahawa tulisan jawi Tawau tersebut tidak dieja dengan betul maka kami mengambil pendekatan atas nasihat untuk meletak logo kitar semula yang ada kaitan dengan kempen mega gotong royong pada masa itu.

“Tidak ada unsur lain seperti tuduhan yang dibuat individu tertentu yang cuba mencari publisiti dan merosakkan hubungan antara kaum dan agama,”kata kenyataan melalui laman sosial Facebook pihak itu pada 10 Januari lepas. OLEH NAZRINI BADARUN

   
Email Print