Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
_1
99 per cent of M-League teams complete privatisation process – FAM |  Tambadau leave early for Johor on chartered flight |  ‘Masculine’ sarongs to hit the market soon |  AirAsia to commence Kuching-Langkawi route in November |  ASNB declares total payout of RM646m for three funds |  Banks have approved 98 pct of 500,000 applications for repayment assistance – BNM |  Malaysia's economic activity outcome to improve in Q3 – DOSM |  Pokisompuruan i Rubin id Kabinet mongobi’ Murut |  Hajiji kaanu momupus kokusutan pulitik Sabah |  Songulun nogompitan tinanggayan Abu Sayyaf napatai id Sulu |  Hajiji minonimpuun kalaja sabaagi Vozoon Montili Sabah |  Penduduk pedalaman harap k'jaan baharu beri perhatian masalah, keperluan pembangunan |  Empat anggota PPM cedera, bot peronda meletup |  COVID-19: Semua urusandi JPN Sabah dilaksanakan secara temu janji |  ‘Lockdown’ in Sabah this Friday fake news – MKN | 
 BM

PL sediakan pelbagai inisiatif Tahun Melawat Malaysia 2020

15th January, 2020

OLEH JAINUDIN DJIMIN

LABUAN: Perbadanan Labuan menyediakan pelbagai inisiatif sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 dengan menyenaraikan lebih 100 acara pelancongan dan terbaharu memperkenalkan Anugerah Pelancongan Labuan 2020.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Dr Fary Akmal Osman berkata, Perbadanan Labuan memberi fokus kepada pelaksanaan aktiviti pelancongan termasuk edu pelancongan, eko pelancongan pelancongan kesejahteraan dan juga pelancongan sukan dengan memberi pelbagai inisiatif dalam memastikan usaha menjayakan Tahun Melawat Malaysia 2020 mencapai sasaran.

“Selain itu buat julung kalinya juga Perbadanan Labuan akan memperkenalkan Anugerah Pelancongan 2020 bagi memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada pemain-pemain industri pelancongan yang banyak membantu dalam menyokong pembangunan industri pelancongan khususnya dalam menjayakan misi Tahun Melawat Malaysia 2020” katanya, kepada pemberita selepas menyertai Program Cruise Trip bersama 27 Ketua-Ketua Kampung, Ahli

Majlis Penasihat Perbadanan Labuan dan pengamal media di sini, pada malam Ahad.

Beliau berkata, sebanyak lima kategori anugerah akan disediakan yang terdiri daripada Anugerah Pelancongan Hotel Cemerlang, Anugerah Pelancongan Restoran Terbaik, Anugerah Pelancongan Sokongan Media Cemerlang, Anugerah Pelancongan Sokongan Kerajaan Cemerlang dan Ikon pelancongan (Individu/inovatif).

Selain itu katanya, Perbadanan Labuan juga akan mengedarkan buku kecil ‘Labuan Event and Festivals 2020’ dan risalah ‘Labuan Flydrive kepada semua jabatan dan agensi kerajaan untuk diedarkan kepada pelancong dan pelawat yang datang ke Labuan.

“Buku kecil ini juga boleh dimuat naik di laman web PL dan Labuan Tourism. PL bersedia menerima pelancong dan pelawat luar negara dan juga pelancong domestik,” katanya. Dalam waktu yang sama katanya, PL juga sedang dalam perbincangan untuk mendapatkan kebenaran penerbangan terus terutamanya dari Bangkok, Jakarta dan Singapura sebagai usaha meningkatkan bilangan para pelancong luar negara.

“PL juga ingin menjemput pihak-pihak yang berminat untuk menawarkan perkhidmatan selam scuba dasar laut, aktiviti-aktiviti di pantai dan sukan air serta pengendali perkhidmatan pelancongan untuk memulakan operasi perniagaan di pulau bebas cukai ini,”katanya.

   
Email Print