Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Kedai emas om kain vookon di nokotongoi notutudan |  45,361 susumikul minonguhit panaasan UPSR di nohobu |  KPDNKK NAKAGAMU POGOHIMUVAN HOBI RM76 NGOIBU 'OPS TITIK' |  KPDNKK Lahad Datu tumpas lima cubaan seleweng petroleum |  Labuan perlu penerbangan MAS ke Singapura |  Kedai emas antara 10 musnah dalam kebakaran |  Lelaki ditemui mati dipercayai dibunuh |  Sebutan kes ahli politik didakwa hina Islam 30 Okt |  Peperiksaan ulangan UPSR bagi tiga mata pelajaran bocor jalan lancar |  Ketua Umno Pensiangan akui beri keterangan kepada SPRM |  PEMAJU DIMINTA BANTU KURANG HARGA RUMAH |  KDM Putatan maintain winning momentum |  KK District Badminton Closed postponed to Oct 6-7 |  SSTMI blank Thailand Academies in Under-14 Borneo Cup decider |  Divers bring cheer with silver, bronze | 
 BM

RM106,000 disediakan untuk para pemenang KPTNS 2010

2nd February, 2010

KOTA KINABALU: Sebanyak RM106,000 hadiah wang tunai disediakan untuk para pemenang Karya Pilihan Tahunan Negeri Sabah (KPTNS) 2010.

Pengerusi Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS) Datuk Wences Anggang berkata, tahun ini KPTNS diadakan dalam dua peringkat bagi menggalakkan lebih ramai peserta menyertai aktiviti itu.

Katanya, semua hasil karya terpilih dari peringkat bahagian akan dibawa dan dinilai di peringkat negeri untuk ditonjolkan sebagai anugerah Karya Pilihan Tahunan Negeri Sabah 2010.

“Pelaksanaan sistem baru ini bukan saja akan memberi peluang kepada para peserta untuk memenangi dan meraikan hadian di peringkat bahagian tetapi mereka juga berpeluang merangkul hadiah yang lebih lumayan di peringkat negeri.

“Aktiviti ini dibahagikan kepada tiga kategori iaitu Kategori A untuk sekolah Menengah Rendah (Tingkatan 1-3), Kategori B (Sekolah Menengah Atas(Tingkatan 4-6)) dan Katagori C untuk bahagian terbuka,” kata pada sidang akhbar, di Wisma Budaya, di sini, kelmarin.

Turut hadir, Pengurus Besar LKNS Datu Rosmadi Sulai dan Pengarah Balai Seni Lukis Sabah Datuk Mohd Yaman Haji Ahmad Mus.

Aktiviti KPTNS itu adalah anjura bersama Balai Seni Lukis Sabah, Lembaga Kebudayaan Sabah dan Kementerian Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar

Wences berkata, antara tujuan penganjuran aktiviti KPTNS 2010 ialah untuk menggalak dan meningkatkan penglibatan para penggiat seni visual di negeri ini khususnya di peringkat daerah atau bahagian.

“Tahun ini aktiviti ini akan dimulakan di peringkat bahagian dan, semua hasil karya terpilih dari bahagian akan dibawa dan dinilai di peringkat negeri untuk ditonjolkan sebagai anugerah KPTNS,” katanya.

Penyampaian hadiah peringkat bahagian akan diadakan pada 1 Julai ini dan penyampaian hadiah peringkat negeri ialah pada 7 Oktober ini.

Katanya lagi, antara syarat untuk mengikuti aktiviti ini ialah, warganegara Malaysia yang bermastautin di Sabah tidak kurang dari enam bulan.

“Penyertaan hendaklah karya yang asal ciptaan terbaru yang belum pernah dikemukakan untuk mana-mana pertandingan atau pameran lain sebelum Januari 2010.

“Setiap peserta boleh menghantar tidak lebih dari tiga buah karya dalam satu kategori, tetapi hanya layak menerima sebuah hadiah,” katanya.

Semua penyertaan peringkat bahagian iaitu dari Pantai Barat Utara, Pantai Barat Selatan, Sandakan, Tawau, Pedalaman Atas dan Pedalaman Bawah mestilah sampai kepada pusat penerimaan KPTNS di kawasan masing-masing tidak lewat dari 28 Mei ini.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline