Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Former Sabah MCMC deputy director charged with misappropriating RM17,930 |  H1N1: SK Stella Maris students in stable condition |  Positive start for Yulianto |  Vegas Showgirl favourite for Chairman’s Cup |  Newest recreational trail opens at Kg Talantang in Kiulu |  Aku keluar negara lagi |  Kusai kinoizonon miampai dadah nataan |  Tana id uvang Luasong pobuuon miampai pomutanaman mogiamung |  Bagas Kumoduvo Potunud SKMM Sabah pinotoguvang id kuut |  UMS sedia adakan MoU dengan MBRKK |  Upskilling opportunities for JPSM students |  HDC to promote Malaysian talents for global halal industry |  Sabah exporters able to grow businesses by leveraging on MATRADE |  MPI, MPOC team up with Berjaya to promote palm oil |  1,200 hektar tanah di Luasong, Tawau dimajukan dengan pertanian | 
 BM

Gerai Pameran Kg. Semuruh muncul juara Pesta Kubis Sabah 2019

13th December, 2019

KUNDASANG: Pondok Tani Kg. Semuroh muncul Johan, meletakkan Pondok Kg.Dumpiring (Naib Johan) dan Kg. Kundasang Lama menduduki tempat ketiga pada pertandingan sempena Pesta Kubis Sabah di pekan di sini baru-baru ini.

Para pemenang menewaskan 14 pondok dari kampung-kampung yang mengambil bahagian pada Pesta Kubis Sabah kali ke-22, dirasmikan Menteri Pembangunan dan Infrastruktur Sabah, Datuk Peter Anthony dan di hadiri lebih 5,000 penduduk termasuk para pelancong dari dalam dan luar negeri.

Sementara itu, Samlee Daim, 52, dari Kg. Desa Aman dinobatkan sebagai penerima anugerah Peladang Jaya, manakala Pettry Osman 40, dari Kg. Kundasang menerima anugerah Usahawan Muda dan Justina Mansun, 53, juga dari Kg. Kundasang dinobatkan sebagai penerima Anugerah Ibu Peladang 2019. Semua hadiah berupa wang tunai dan sijil penghargaan telah disampaikan Datuk Peter Anthony.

Acara-acara lain yang dipertandingkan seperti 2X2 Motocross Challenge, pertandingan Junior Idol, Pertandingan Nyanyian Lagu 60-an, Pertandingan Nyanyian dan Tarian antara kampung, Kereta Lasak 4X4 Terbuka Sabah, Sayuran Tanah Tinggi, Tarik Tali, Motor Berhias dan Voice Of Pesta Kubis bertemakan “Sayur Kita Masa Depan Kita” tidak dapat diperoleh ketika artikel ini ditulis.

   
Email Print
   
 
 
E-browse