Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Eight-year-old boy snatched by croc in Kinabatangan River |  Korean national charged for injuring local man |  National Rugby 7s captain to be selected soon |  Gymnasts set to switch training venue |  SSPN records investment profit of RM118.46 mln in first half 2020 – PTPTN |  AirAsia accelerates digital transformation by implementing robotic process automation |  flexi2pay app to help gig economy players manage financial activities |  Pesawat kargo Pos ACE selamat mendarat di Tawau |  Kinosonongon surupukaraja pomorunan kurier pogun nokosigampot 70 pihatus di 2019 |  Kusai aiso kalaja tinolungu apat toun |  Kusai nopujulan kiniopon noonsitan traktor |  13 nagakom id ponginaman mogohimu sumuang |  Lawatan khas Program Tautan Kasih Merdeka eratkan silaturahim penduduk saudara Islam di Pulau Sepanggar |  160 hadiri Mesyuarat perhubungan Ketua Jabatan di Sabah |  Jawatankuasa PPKK jalin k-sama lebih banyak sekolah | 
 BM

Sabah perlukan lebih banyak pembinaan BBPA di kawasan berisiko

13th December, 2019

TAWAU: Sabah memerlukan lebih banyak pembinaan Balai Bomba dan Penyelamat Air (BBPA) di kawasan berisiko yang dikenalpasti termasuk di utara dan pantai barat selatan untuk operasi menyelamat dengan lebih berkesan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Kamarulzaman Malik Abdullah, berkata Bba di Semporna yang pertama seumpamanya di Malaysia akan menjadi penanda aras pembinaan BBPA lain.

Melalui BBPA katanya, tindak masa operasi memadam kebakaran dan penyelamatan dapat dilakukan dengan lebih singkat dan cepat berbanding menunggu kedatangan anggota dari balai bomba di darat yang agak jauh.

“BBPA ini perlu diperluas ke tempat lain kawasan berisiko dan setakat ini kita telah kenalpasti beberapa kawasan dan yang terbaharu kita akan buat balai bomba di Banggi, Kudat tetapi saya tak pasti sama ada ini Bba atau bukan.

“Tetapi saya memang berharap agar lebih banyak BBPA ini dibina bagi membolehkan kita dapat menyelamat lebih banyak harta benda apabila berlaku kebakaran,” katanya.

Beliau berkata ketika ditemui pada Majlis Apresiasi Bersama Media di Perkarangan Balai Bomba Tawau, malam kelmarin yang turut dihadiri Ketua Zon Balai Bomba Tawau, Ismaidi Ismail.

Terdahulu beliau berkata, BBPA Semporna yang dibina dengan kos RM200 ribu dilengkapi kemudahan tiga buah bot untuk operasi menyelamat, mengawal kebakaran dan mencari serta menyelamat di laut kini telah beroperasi.

“Pada masa sekarang BBPA Semporna ini kita guna bot aluminium yang diubah suai tetapi akan datang pihak atasan telah membayangkan untuk melengkapkan dengan bot baru.

“Turut ditempatkan seorang ketua balai serta tiga anggota penyelia selain 20 anggota dari pasukan bomba bantuan (PBB),” katanya.

Menurutnya, 20 anggota PBB itu merupakan penduduk setempat dan mendapat latihan kebombaan selama lima bulan dan anggota PBB ini mempunyai pengetahuan tentang kawasan air dan cuma respons di air.

Mengenai majlis itu, beliau berharap bomba dan media dapat terus bekerjasama dalam melaporkan berita tepat untuk masyarakat.-OLEH NAZRINI BADARUN

   
Email Print