Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Eight-year-old boy snatched by croc in Kinabatangan River |  Korean national charged for injuring local man |  National Rugby 7s captain to be selected soon |  Gymnasts set to switch training venue |  SSPN records investment profit of RM118.46 mln in first half 2020 – PTPTN |  AirAsia accelerates digital transformation by implementing robotic process automation |  flexi2pay app to help gig economy players manage financial activities |  Pesawat kargo Pos ACE selamat mendarat di Tawau |  Kinosonongon surupukaraja pomorunan kurier pogun nokosigampot 70 pihatus di 2019 |  Kusai aiso kalaja tinolungu apat toun |  Kusai nopujulan kiniopon noonsitan traktor |  13 nagakom id ponginaman mogohimu sumuang |  Lawatan khas Program Tautan Kasih Merdeka eratkan silaturahim penduduk saudara Islam di Pulau Sepanggar |  160 hadiri Mesyuarat perhubungan Ketua Jabatan di Sabah |  Jawatankuasa PPKK jalin k-sama lebih banyak sekolah | 
 BM

PPM Sandakan tahan empat bot nelayan dalam Ops Gelora

13th December, 2019

OLEH ALIZA ALAWI

SANDAKAN: Pasukan Polis Marin (PPM) Sandakan berjaya menahan empat bot nelayan jenis kapal tunda berhampiran Tanjung Layar-Layar dalam satu Ops Gelora pada jam lebih kurang 8.30 pagi, pada Rabu.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah ACP Mohamad Pajeri Hj Ali berkata, operasi itu dijalankan oleh anggota PPM Sandakan menggunakan Botronda PSC 73.

“Semasa rondaan di perairan dijalankan, kelihatan kapal tunda tersebut sedang leka beroperasi (menarik pukat tunda) berhampiran dengan Tanjung Layar-Layar Laut Tabangka,” katanya kepada media di sini

Jelas beliau, semasa ditahan, jarak Kapal Tunda tersebut adalah berada pada kedudukan lebih kurang 1.6 hingga 2.3 batu nautika dari daratan.

Manakala, ketika pemeriksaan teliti dijalankan oleh Ketua Bot PPM masa itu mendapati lesen perikanan bot nelayan jenis pukat tunda tersebut hanya dibenarkan beroperasi diluar kawasan 12 Batu Nautika dari pesisir pantai.

Tambahnya lagi, pemeriksaan lanjut terhadap tiga orang tempatan dan seorang warga Indonesia dalam Bot nelayan itu mendapati mereka adalah pekerja yang sah dan berdaftar.

Turut ditemui udang yang masih dalam gulung pukat yang dianggarkan seberat 40kg dipercayai hasil daripada kegiatan memukat di kawasan berkenaan.

Kesemua tangkapan dan rampasan di bawa ke Pangkalan PPM Sandakan untuk tindakan selanjutnya dan keseluruhan nilai rampasan yang meliputi harga bot tunda, pukat gulung dan hasil laut adalah dianggarkan bernilai RM90,500.

Kes diserah kepada Pegawai Penyiasat Jabatan Perikanan dan disiasat dibawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 atas kesalah melanggar syarat lesen Perikanan dan jika sabit kesalahan, pemilik bot boleh dikenakan kompaun atau denda RM1,000 bagi kesalahan kali pertama dan kapal di sita untuk kesalahan berikutnya.

   
Email Print