Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Former Sabah MCMC deputy director charged with misappropriating RM17,930 |  H1N1: SK Stella Maris students in stable condition |  Positive start for Yulianto |  Vegas Showgirl favourite for Chairman’s Cup |  Newest recreational trail opens at Kg Talantang in Kiulu |  Aku keluar negara lagi |  Kusai kinoizonon miampai dadah nataan |  Tana id uvang Luasong pobuuon miampai pomutanaman mogiamung |  Bagas Kumoduvo Potunud SKMM Sabah pinotoguvang id kuut |  UMS sedia adakan MoU dengan MBRKK |  Upskilling opportunities for JPSM students |  HDC to promote Malaysian talents for global halal industry |  Sabah exporters able to grow businesses by leveraging on MATRADE |  MPI, MPOC team up with Berjaya to promote palm oil |  1,200 hektar tanah di Luasong, Tawau dimajukan dengan pertanian | 
 Leisure

Produk pelancongan di Tawau dalam proses pembangunan

13th December, 2019

OLEH NAZRINI BADARUN

TAWAU: Produk pelancongan di daerah Tawau kini dalam proses pembangunan ke arah persediaan untuk menyambut kedatangan lebih ramai pengunjung dan pelancong, kata Timbalan Ketua Menteri, Datuk Christina Liew.

Beliau yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah mahu pengunjung dan pelancong tidak hanya datang ke daerah Semporna atau Kota Kinabalu tetapi turut singgah bermalam di Tawau.

“Saya masih dalam proses perbincangan dengan pelancong dari beberapa negara termasuk China, Korea dan seluruh dunia yang berminat untuk ke Sabah agar singgah di Tawau,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tawau berkata ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Bantuan Orang Susah (BOS) 2019 di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Tawau di sini, kelmarin.

Katanya, daerah Tawau mempunyai tarikan tersendiri apabila memiliki Taman Bukit Tawau seluas 27 ribu hektar yang mempunyai pelbagai jenis spesis hidupan flora dan fauna yang boleh dikunjungi para pelancong.

“Saya sudah luluskan 100 hektar untuk satu pemaju pelancongan untuk membangun kawasan itu sebagai tempat pelancongan yang lebih selesa dan kondusif,” katanya lagi.

Beliau berkata, dalam masa sama terdapat beberapa lagi projek yang dalam perancangan bagi merancakkan lagi sektor pelancongan di daerah ini dalam proses ke peringkat seterusnya.

“Kita kena cari produk Tawau yang boleh dijual kepada orang luar, saya akan sedaya upaya untuk menarik pelancong ke daerah ini, saya gagal kalau tak boleh tarik pelancong sebab itu kita lakukan pelbagai perancangan,” katanya.

Beliau dalam pada itu berkata, menjadi hasratnya juga untuk menjadikan Tawau sebagai daerah sifar kemiskinan, makmur, harmoni, aman dan maju dari segi ekonomi.

Katanya, Tawau yang terletak di kawasan yang strategi kerana terletak di kawasan segitiga perniagaan antara Tawau-Nunukan/Tarakan di sebelah Indonesia dan Tawi-Tawi/Zamboanga Filipina.

Terdahulu pada majlis itu seramai 100 penerima yang disenarai pendek dalam kalangan keluarga miskin telah menerima sumbangan.

Christina berkata, pihaknya akan terus membantu mereka yang memerlukan dari semasa ke semasa menurut peruntukan yang ada.

   
Email Print
   
 
 
E-browse