Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Eight-year-old boy snatched by croc in Kinabatangan River |  Korean national charged for injuring local man |  National Rugby 7s captain to be selected soon |  Gymnasts set to switch training venue |  SSPN records investment profit of RM118.46 mln in first half 2020 – PTPTN |  AirAsia accelerates digital transformation by implementing robotic process automation |  flexi2pay app to help gig economy players manage financial activities |  Pesawat kargo Pos ACE selamat mendarat di Tawau |  Kinosonongon surupukaraja pomorunan kurier pogun nokosigampot 70 pihatus di 2019 |  Kusai aiso kalaja tinolungu apat toun |  Kusai nopujulan kiniopon noonsitan traktor |  13 nagakom id ponginaman mogohimu sumuang |  Lawatan khas Program Tautan Kasih Merdeka eratkan silaturahim penduduk saudara Islam di Pulau Sepanggar |  160 hadiri Mesyuarat perhubungan Ketua Jabatan di Sabah |  Jawatankuasa PPKK jalin k-sama lebih banyak sekolah | 
 Leisure

Syarikat Pulau Buta Eco Tourism terima Pengiktirafan MaTEx

9th December, 2019

SYARIKAT Pulau Buta Eco Tourism di Lahad Datu antara 112 Syarikat Pelancongan di seluruh Malaysia berjaya mencapai tahap pematuhan standard untuk lebih 100 Indikator untuk membolehkan mereka menerima sijil pengiktirafan Malaysia Tourism Excellence ( MaTEx ) yang diadakan disebuah Hotel terkemuka Putrajaya baru-baru ini.

Majlis pelancaran MaTEx yang dilakukan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Datuk Mohammaddin Ketapi itu yang turut dihadiri pemilik yang juga Pengarah Urusan Pulau Buta Eco Tourism Puan Jessice Reyes dan Encik Mohd Amirol Haji Abdul Hamid.

Pulau Buta eco Tourism yang terletak di Talisai daerah Tungku kira-kira 20 km dari daerah Lahad Datu sememangnya tidak asing lagi di daerah itu khususnya daerah Lahad Datu amnya negeri dibawah bayu (Sabah).

Jessice ketika berucap di majlis itu bagi meraikan kemenangan resort beliau mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada MOTAC, MaTEx, PTN dan MPC serta pegawai-pegawai mereka tidak jemu-jemu memberikan tunjuk ajar dan bimbingan sehinggalah Pulau Buta Eco Tourism mencapai tahap yang ada sekarang.

Menceritakan pengelaman beliau dan suaminya Mohd Amirol serta semua keluarga yang terlibat amatlah mencabar ditambah lagi dengan imej Lahad Datu yang terkenal dengan bandar pengganas atas kejadian pencerobohan tentera Solo itu, beliau mengucapkan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada pihak keselamatan terutama Esscom yang sentiasa memberikan keyakinan keatas keselamatan Pulau Buta Eco Tourism terjamin.

Tambanya lagi kepada para pengunjung dan pelancong yang ingin mengunjungi Pulau Buta Eco Tourism diharap jangan ragu-ragu dan bimbang bahawa mereka sentiasa membantu dan melayani mereka dengan penuh mesra dan sopan menurut budaya Malaysia.

“Segala kemudahan di sini tersedia dimana sungai dan pantai laut sentiasa bersih dan terjaga disamping kemudahan lain seperti kolam rekreasi untuk berkayak, aktiviti memancing, sukan khemah-khemah dan surau untuk beribadah juga tersedia disamping bilik penginapan dan makanan juga sentiasa dijaga kebersihannya,” tambah beliau

Untuk tempahan mereka bolehlah menghubungi Pulau Buta Eco Tourism dengan telefon bimbit (hp) : 013-885.7935 dan 014-359.7500. -Oleh: EJA

   
Email Print