Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Former Sabah MCMC deputy director charged with misappropriating RM17,930 |  H1N1: SK Stella Maris students in stable condition |  Positive start for Yulianto |  Vegas Showgirl favourite for Chairman’s Cup |  Newest recreational trail opens at Kg Talantang in Kiulu |  Aku keluar negara lagi |  Kusai kinoizonon miampai dadah nataan |  Tana id uvang Luasong pobuuon miampai pomutanaman mogiamung |  Bagas Kumoduvo Potunud SKMM Sabah pinotoguvang id kuut |  UMS sedia adakan MoU dengan MBRKK |  Upskilling opportunities for JPSM students |  HDC to promote Malaysian talents for global halal industry |  Sabah exporters able to grow businesses by leveraging on MATRADE |  MPI, MPOC team up with Berjaya to promote palm oil |  1,200 hektar tanah di Luasong, Tawau dimajukan dengan pertanian | 
 BM

Ziarah Ukhuwah RAY Tambunan ke Brunei Darussalam

9th December, 2019

SATU rombongan dari Rumah Anak-Anak Yatim Tambunan (RAY) yang terdiri dari pegawai dan kakitangannya bersama beberapa peserta lain telah mengadakan Ziarah Ukhuwah ke negara jiran Brunei Darussalam selama dua hari.

Rombongan yang diketuai oleh Pengetua RAY Tambunan, Haji Rauf Abas dan dibantu oleh Kakitangan Bahagian Dakwah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah( JHEAINS), Ustazah Lilis Mulyani itu disertai oleh 28 peserta dengan menaiki tiga buah van dari dua destinasi berasingan iaitu Tambunan dan Kota Kinabalu.

Rombongan dari Kota Kinabalu dan Tambunan berlepas pada jam 9 pagi dan bertemu di Sipitang untuk makan tengah hari di kediaman Puan Hajah Salbiah Haji Yahya di Kampung Menengah Sipitang.

Rombongan RAY meneruskan perjalanan ke Brunei DS dengan melalui perjalanan yang agak unik kerana peserta terpaksa melalui laluan keluar dan masuk semula ke sempadan Malaysia-Brunei sebanyak dua kali membuatkan semua pasport peserta di cop sebanyak tujuh kali di Pos Kawalan Keselamatan Imigresen di kedua-dua sempadan Malaysia dan Brunei.

Sebaik tiba di Sindumin ( Sabah) peserta melalui laluan Merapok-Lawas dalam kawasan Sarawak untuk cop pasport pertama di Pusat Kawalan Keselamatan Imigresen Merapok untuk kebenaran masuk ke Sarawak.

Setelah keluar dari kawasan Lawas dan masuk di Pusat Kawalan Imigresen Labu dalam daerah Temburung Brunei DS sekali lagi pasport peserta dicop untuk kali kedua untuk kebenaran masuk ke Brunei. Apabila peserta keluar dari Temburong sekali lagi pasport kami dicop di Pusat Kawalan Imigresen di Pandaruan untuk ke Limbang Sarawak.

Rombongan kami tiba di bandar Limbang pada waktu tengah hari untuk membolehkan semua peserta melakukan solat jamak Zohor dan Asar berjemaah di K-Masjid Cawangan Masjid Daerah Limbang.

Perjalanan dari Limbang Sarawak menuju ke Pos Kawalan Keselamatan Imigresen Kuala Lurah Brunei Darussalam yang sebahagian jalan rayanya berombak-ombak serta terpaksa berhenti lagi di empat kawalan keselamatan Imigresen Malaysia dan Brunei membuatkan perjalanan untuk tiba ke Bandar Seri Begawan memakan masa kira-kira 3 jam.

Dalam perjalanan Limbang-Brunei Darussalam peserta melalui empat Pos Kawalan Keselamatan Imigresen dan Kastam untuk cop pasport dan pemeriksaan barangan di pos terakhir di Kuala Lurah.

Sebaik tiba di penginapan Motel Arsahrin lewat petang kira-kira jam 7 malam rombongan hanya menghantar beg pakaian dan berehat sebentar untuk solat jamak Magrib/Isyak sebelum meneruskan ziarah pertama ke Masjid Jame Asr Hassanil Bolkiah yang terletak di pusat bandar.

Oleh kerana rombongan kami tiba di masjid ini pada ham 10 malam semua peserta tidak dapat bersolat di dalam ruang utama masjidnya tetapi berkesempatan solat di ruang luar masjid kerana semua masjid-masjid di Brunei akan ditutup kepada jemaah pada jam 10 malam.

Setelah mengabadikan gambar-gambar kenangan di luar masjid rombongan di bawa ke Pasar Gadong tempat menjual pelbagai makanan dan kuih muih tradisional untuk menjamu selera di bawa balik ke bilik penginapan dalam keadaan hujan yang lebat.

Ziarah pertama berakhir kira-kira jam 11 malam sebelum peserta beristirahat untuk meneruskan ziarah hari kedua keesokan harinya. -(Bersambung Siri kedua esok).

   
Email Print
   
 
 
E-browse