Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Former Sabah MCMC deputy director charged with misappropriating RM17,930 |  H1N1: SK Stella Maris students in stable condition |  Positive start for Yulianto |  Vegas Showgirl favourite for Chairman’s Cup |  Newest recreational trail opens at Kg Talantang in Kiulu |  Aku keluar negara lagi |  Kusai kinoizonon miampai dadah nataan |  Tana id uvang Luasong pobuuon miampai pomutanaman mogiamung |  Bagas Kumoduvo Potunud SKMM Sabah pinotoguvang id kuut |  UMS sedia adakan MoU dengan MBRKK |  Upskilling opportunities for JPSM students |  HDC to promote Malaysian talents for global halal industry |  Sabah exporters able to grow businesses by leveraging on MATRADE |  MPI, MPOC team up with Berjaya to promote palm oil |  1,200 hektar tanah di Luasong, Tawau dimajukan dengan pertanian | 
 BM

Bersatu cawangan Bangka Bangka jalin kerjasama dalam program Back To School

9th December, 2019

KOTA KINABALU: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) cawangan Bangka Bangka dalam Bahagian Sepanggar Kota Kinabalu jalin kerjasama dengan Pengurusan Komuniti Bangka Bangka meraikan dan menyantuni hampir 150 pelajar setempat di bawah Program Back To School.

Rata rata pelajar terbabit menerima beg sekolah, kelengkapan alat tulis, buku latihan, buku fadilat solat dan buku yasin selain diberikan kupon untuk bergunting secara percuma serta diberi peluang bergambar dan bermain main dengan “Iron man” yang didatang khas.

Majlis berlangsung di Dewan Mini Kampung Bangka Bangka Kota Kinabalu.

Ketika merasmikan majlis berkenaan, Ketua Bersatu Bahagian Sepanggar, Encik Razali Razi, berkata para pelajar adalah dari kawasan Kampung Bangka Bangka.

Beliau berkata, bantuan terbabit diagih-agihkan sebelum sesi persekolahan bermula awal tahun depan dan bantuan tersebut sebagai tanggung jawab sosial Bersatu dan bukti keprihatinan kerajaan membantu meringankan beban keluarga yang berpendapatan rendah.

Razali berkata, lazimnya orang ramai berhadapan dengan masalah kewangan dalam waktu menjelangnya permulaan sesi persekolahan.

Sementara itu, semasa berucap Ketua Bersatu cawangan Bangka Bangka, Encik Latif Haji Lait berharap, sumbangan sekurang-kurangnya dapat membantu meringankan kos kehidupan keluarga yang mempunyai anak ramai masih bersekolah. Katanya juga anak-anak perlu diberi pendidikan sebaik mungkin agar dapat membantu keluarga masing-masing apabila mereka sudah bekerja kelak.

Latif menyarankan agar ibu bapa berusaha sungguh sungguh meningkatkan prestasi akademik anak-anak supaya cemerlang dalam bidang akademik. Katanya memiliki ilmu sebagai prasyarat penting untuk setiap individu berjaya sama ada yang bekerja sendiri mahupun yang berkhidmat dalam sektor awam mahupun swasta.

Turut hadir Ketua Kampung Bangka Bangka Haji Apong Awang Hitam dan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Bangka Bangka Abdul Sani Ibrani.

   
Email Print
   
 
 
E-browse