Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Former Sabah MCMC deputy director charged with misappropriating RM17,930 |  H1N1: SK Stella Maris students in stable condition |  Positive start for Yulianto |  Vegas Showgirl favourite for Chairman’s Cup |  Newest recreational trail opens at Kg Talantang in Kiulu |  Aku keluar negara lagi |  Kusai kinoizonon miampai dadah nataan |  Tana id uvang Luasong pobuuon miampai pomutanaman mogiamung |  Bagas Kumoduvo Potunud SKMM Sabah pinotoguvang id kuut |  UMS sedia adakan MoU dengan MBRKK |  Upskilling opportunities for JPSM students |  HDC to promote Malaysian talents for global halal industry |  Sabah exporters able to grow businesses by leveraging on MATRADE |  MPI, MPOC team up with Berjaya to promote palm oil |  1,200 hektar tanah di Luasong, Tawau dimajukan dengan pertanian | 
 BM

200 pelajar dalam DUN Karanaan terima bantuan awal persekolahan

9th December, 2019

RANAU: Seramai 200 orang pelajar sekolah rendah daripada kawasan Sarayoh, dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Karanaan, menerima bantuan awal persekolahan.

Empat buah sekolah berkenaan, SK Tudan, SK Ratau, SK Tagudon Lama dan SK Toboh, masing-masing menerima bantuan berupa kelengkapan beg sekolah dan juga wang tunai.

Bantuan disampaikan Adun Karanaan, Datuk Seri Panglima Haj Masidi Manjun diiringi para penaja bertempat di Mini Dewan Kg Ratau baru-baru ini.

Bantuan berupa kelengkapan beg sekolah serta wang tunai tersebut merupakan tajaan Yayasan Pekema, Liang Furniture Ranau, Lee Nyap Auto Parts Sdn Bhd (Datuk Jimmy Tham), Kapitan Cina Kundasang (Tuan Yap Fook Loy), Presiden Persatuan Pengusaha Pertanian Kundasang (Simon Leong Ken Hiong), Koh Yee Enterprise (Dato Koh Yee) dan Toupos Palm Oil Mill Sdn Bhd.

Terdahulu dalam ucapannya, Masidi yang juga Ketua Penaja Pimpinan Bersatu Bahagian Ranau berkata, sumbangan tersebut merupakan cerminan kepada sikap penduduk Ranau itu sendiri, di mana masyarakat di daerah ini terkenal dengan amalan bantu-membantu sesama sendiri.

“Sikap terpuji penduduk di daerah ini sering membuatkan saya bangga untuk bercerita kepada orang luar bahawa seakan suatu tradisi kita bila mana kita mempunyai lebihan sedikit (rezeki), kita akan berkongsi dengan yang lain.

“Penduduk sekitar Sarayoh bertuah kerana para penaja telah memilih kawasan ini sebagai fokus untuk mereka menyalurkan sumbangan,” kata beliau lagi.

Menurut Masidi, kawasan Sarayoh dahulunya adalah suatu kawasan terpencil dengan sosial penduduknya yang mengamalkan pertanian secara nomad sebagai sumber pencarian hidup.

Bahkan, menurut Masidi, kedaifan kawasan tersebut masih segar dalam ingatan beliau di mana kenderaan kecil pun tidak dapat masuk ke kawasan tersebut kerana tidak ada akses jalan raya.

“Pelajar-pelajar atau penduduk kawasan Sarayoh yang mahu berurusan di Pekan Ranau atau Kota Kinabalu terpaksa berjalan kaki melalui denai-denai hutan yang menjadi laluan rutin sebelum tiba ke jalan besar.

“Bagi yang mahu ke Ranau, mereka biasanya memilih untuk teruskan sahaja berjalan kaki dan biasanya akan mengambil masa selama dua hari untuk tiba. Manakala mereka yang mahu ke Kota Kinabalu pula, mereka akan menunggu kereta untuk lalu di jalan besar yang berlumpur dan mengambil masa selama 3 hari untuk tiba ke destinasi,” tambah beliau.

Sungguhpun demikian kata beliau, penduduk kawasan Sarayoh seharusnya berbangga kerana graduan pertama dan seterusnya antara graduan terawal daerah Ranau adalah datang dari kawasan tersebut.

“Kemiskinan dan kedaifan hidup seharusnya menjadi batu loncatan untuk mencapai kejayaan, bukannya sebagai batu penghalang,” ujar beliau lagi.

Dalam pada itu, Masidi turut mengucapkan tahniah kepada 3 dari 4 buah sekolah yang menerima sumbangan tersebut iaitu SK Tudan, SK Ratau dan SK Tagudon Lama kerana berjaya memperoleh keputusan 100% dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru ini.

Turut hadir majlis tersebut, Siti Hamni Hashim, para penaja diketuai Datuk Jimmy Tham, Timbalan Ketua Bersatu Bahagian Ranau, Michael Yahya Dunggi, Ketua Srikandi Bersatu Bahagian Ranau, Datuk Amisah Yassin, Pengerusi Majlis Guru Besar Ranau, Asmaily Gakau. OLEH ADUKA JASNIN SUMAN.

   
Email Print
   
 
 
E-browse