Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Eight-year-old boy snatched by croc in Kinabatangan River |  Korean national charged for injuring local man |  National Rugby 7s captain to be selected soon |  Gymnasts set to switch training venue |  SSPN records investment profit of RM118.46 mln in first half 2020 – PTPTN |  AirAsia accelerates digital transformation by implementing robotic process automation |  flexi2pay app to help gig economy players manage financial activities |  Pesawat kargo Pos ACE selamat mendarat di Tawau |  Kinosonongon surupukaraja pomorunan kurier pogun nokosigampot 70 pihatus di 2019 |  Kusai aiso kalaja tinolungu apat toun |  Kusai nopujulan kiniopon noonsitan traktor |  13 nagakom id ponginaman mogohimu sumuang |  Lawatan khas Program Tautan Kasih Merdeka eratkan silaturahim penduduk saudara Islam di Pulau Sepanggar |  160 hadiri Mesyuarat perhubungan Ketua Jabatan di Sabah |  Jawatankuasa PPKK jalin k-sama lebih banyak sekolah | 
 BM

Pejabat MOTAC dan Muzium Marin Labuan bakal ditutup?

9th December, 2019

OLEH JAINUDIN DJIMIN

LABUAN: Masih belum dapat disahkan setakat mana kesahihannya Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) Labuan serta Pejabat Muzium Marin Labuan bakal ditutup?

Namun menurut satu sumber yang boleh dipercayai ianya mungkin akan berlaku selepas pihak pengurusan tertinggi MOTAC mencadangkan kepada kerajaan agar kedua-dua agensi yang di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan itu ditutup.

Difahamkan salah satu sebab mengapa Muzium Marin Labuan terpaksa di tutup kerana kos penyelenggaraan bangunan yang menempatkan khzanah maritim itu terlalu tinggi disamping jumlah penurunan pelancong yang menurun.

Usaha untuk menutup Pejabat MOTAC Labuan telah pun mula di bangkitkan pada tahun 2018 lagi susulan daripada cadangan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) zaman kerajaan terdahulu yang mahu pejabat Tourism Malaysia di seluruh negara ditutup bagi mengelakkan pertindihan tugas.

Bagaimanapun bagi Wilayah Persekutuan Labuan dikatakan pihak pengurusan tertinggi MOTAC lebih terarah kepada penutupan pejabatnya di Labuan tanpa memberikan alasan yang konkrit.

Sementara itu, Pengarah MOTAC Labuan, Mohd Firdaus Zakaria gagal dihubungi untuk mendapatkan penjelasan berkaitan isu yang mula hangat di perkatakan di pulau ini.

Jika benar kerajaan melalui MOTAC ingin menutup pejabatnya di Labuan, maka ia dilihat boleh melumpuhkan segala perancangan yang dibuat oleh badan-badan persatuan pelancongan dalam menganjurkan pelbagai aktiviti jangka panjang yang telah dirancang oleh persatuan berkaitan. Pada masa yang sama, komuniti masyarakat perlu mempertahankan MOTAC jika benar kerajaan merancang untuk menutup operasinya di Labuan.

   
Email Print