Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Eight-year-old boy snatched by croc in Kinabatangan River |  Korean national charged for injuring local man |  National Rugby 7s captain to be selected soon |  Gymnasts set to switch training venue |  SSPN records investment profit of RM118.46 mln in first half 2020 – PTPTN |  AirAsia accelerates digital transformation by implementing robotic process automation |  flexi2pay app to help gig economy players manage financial activities |  Pesawat kargo Pos ACE selamat mendarat di Tawau |  Kinosonongon surupukaraja pomorunan kurier pogun nokosigampot 70 pihatus di 2019 |  Kusai aiso kalaja tinolungu apat toun |  Kusai nopujulan kiniopon noonsitan traktor |  13 nagakom id ponginaman mogohimu sumuang |  Lawatan khas Program Tautan Kasih Merdeka eratkan silaturahim penduduk saudara Islam di Pulau Sepanggar |  160 hadiri Mesyuarat perhubungan Ketua Jabatan di Sabah |  Jawatankuasa PPKK jalin k-sama lebih banyak sekolah | 
 BM

Tiga pelancong China antara terlibat Program Voluntourism Underwater Cleanup di Pulau Bum-Bum

9th December, 2019

OLEH NAZRINI BADARUN

SEMPORNA: Tiga pelancong dari negara China antara 30 peserta terlibat dalam Program Voluntourism Underwater Cleanup sempena International Muslim Friendly Carnival (IMFC) di Pulau Bum- Bum, kelmarin.

Pengarah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (Motac) Sabah, Ag Ahmad Zaki Abu Bakar berkata, sebanyak 7,500 kilogram sampah telah berjaya dikumpul termasuk botol-botol plastik dalam program itu.

Menurutnya, inisiatif menganjurkan program itu adalah usaha meningkatkan kualiti hidupan marin bagi menggalakkan pertambahan bilangan spesis yang boleh dilihat dari semasa ke semasa.

“Kita memilih lokasi Pulau Bum-Bum menjadi pilihan utama kerana program berkala ini tela hpun dijalankan sejak tahun 2016 lagi,” katanya pada program itu.

Katanya, program itu anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia dan Tourism Malaysia dengan kerjasama Persatuan Pelancongan Semporna, Persatuan Penyelam Professional Semporna dan Scuba Diving International (SDI).

Turut hadir Pengarah Kolej Komuniti Semporna, Norasmah Jaafar, dan Presiden Persatuan Penyelam Profesional Semporna (SPDA), Abdul Razak Ismail.

IMFC 2019 dianjurkan pertama kali dengan kerjasama kerajaan persekutuan dan negeri selama lima hari bermula 6 Dis di Semporna yang bertujuan mempromosi Visit Malaysia 2020.

Pelbagai acara diadakan sepanjang karnival berkenaan berlangsung antaranya pameran, persembahan artis tempatan dan terkenal serta pertandingan seni kebudayaan termasuk tarian igal-igal.

Acara perasmian karnival itu dirasmikan Menteri Motac, Datuk Mohamaddin Ketapi pada malam Ahad yang turut dihadiri Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Musa Yusof.

   
Email Print